Pembungkusan dan kualiti penyimpanan kuih berati bersalut kari bilis campuran rumpai laut (Kappaphycus alvarezii)

Nurulfarhanah Jaaffar, (2013) Pembungkusan dan kualiti penyimpanan kuih berati bersalut kari bilis campuran rumpai laut (Kappaphycus alvarezii). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah untuk membangunkan serbuk Kari-Bilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezil) bagi salutan Kuih Berati, menentukan jenis plastik pembungkusan yang sesuai serta menghasilkan rekaan pembungkusan berlabel bagi produk Kuih Berati bersalut Kari-Bilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezil). Kajian ini dijalankan untuk memperoleh formulasi terbaik daripada lapan formulasi melalui dua peringkat ujian sensori. Bagi analisis proksimat, ia dilakukan adalah untuk mengetahui nilai pemakanan serta mengkaji kestabilan produk Kuih Berati ini sepanjang tempoh penyimpanan. Formulasi serbuk Kari-Bilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezii) terbaik adalah Formulasi 5 di mana ia mengandungi 109 serbuk kari, 5g serbuk ikan bilis, 19 rumpai laut (K.alvarezil), 5g garam dan 109 gula. Analisis proksimat bagi sampel Kuih Berati bersalut Kari-Bilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezil) ini menunjukkan kandungan lembapan, abu, protein, lemak kasar, serabut kasar dan karbohidrat adalah masing-masing bernilai 2.76 ± 0.12%, 3.14 ± 0.28%, 5.61 ± 0.13%, 24.73 ± 0.07%, 20.14 ± 0.38, dan 43.79 ± 0.03%. Perubahan sampel Kuih Berati sepanjang tempoh penyimpanan dengan menggunakan empat jenis plastik iaitu plastik low density polyethyfene (LDPE), polypropylene (PP), oriented polypropylene/polyethylene-oriented polypropylenemetalized polyethylene terephthalate (OPP/PE-OPP/MPET), oriented polypropylenemetalized polyethylene terephthalate (OPP/MPET) dikaji. Kandungan lembapan dan kandungan asid lemak bebas bagi sam pel Kuih Berati mengalami perubahan sepanjang tempoh penyimpanan. Keputusan ujian mutu penyimpanan telah menunjukkan bahawa sam pel Kuih Berati yang disimpan dalam plastik oriented polypropylene-metalized polyethylene terephthalate (OPP/MPET) adalah lebih stabil serta dapat mengekalkan kualiti Kuih Berati berbanding dengan sam pel yang disimpan dengan menggunakan plastik jenis yang lain. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan Kuih Berati masih selamat dimakan setelah empat minggu disimpan. Hasil keputusan ujian perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi sampel Kuih Berati yang disimpan dalam plastik jenis oriented polypropylene-metalized polyethylene terephthalate (OPP/MPET). Melalui ujian pengguna, penghasilan produk Kuih Berati bersalut KariBilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezil) ini dapat menarik perhatian dan sambutan pengguna serta berpeluang tinggi untuk menembusi pasaran pengguna. Rekaan pembungkusan No. 2 adalah rekaan terbaik bagi rekaan pembungkusan berlabel untuk produk Kuih Berati bersalut Kari-Bilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezil). Secara kesimpulannya, formulasi terbaik serbuk kari-bilis dengan campuran rumpai laut (K.alvarezil) untuk salutan kuih Berati dapat dihasilkan. Jenis pembungkusan yang sesuai serta rekaan pembungkusan bagi Kuih Berati bersalut Kari-Bilis campuran Rumpai Laut (K.alvarezil) dapat ditentukan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:anchovy-curry, seaweed, Kuih Berati, packaging, storage quality
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9831
Deposited By:IR Admin
Deposited On:30 Oct 2014 11:49
Last Modified:30 Oct 2014 11:49

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository