Penghasilan teh herba daripada daun dan kulit jambu batu (Psidium Guajava)

Musfirah Abdullah Tahir, (2013) Penghasilan teh herba daripada daun dan kulit jambu batu (Psidium Guajava). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002375.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan teh herba daripada daun dan kulit jambu batu (Psidium guajava). Teh herba dihasilkan dengan campuran daun jambu batu, kulit buah jambu batu dan serbuk stevia. Formulasi yang terbaik telah dipilih daripada sembilan formulasi yang dihasilkan melalui ujian pemeringkatan dan ujian hedonik. F3 yang mengandungi 70% daun jambu batu, 30% kulit buah jambu batu dan 1% stevia telah dipilih sebagai formulasi terbaik kerana mendapat nilai min yang tertinggi bagi kebanyakan atribut dan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) berbanding formulasi yang lain. Analisis kandungan vitamin C dan fenolik menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara sampel segar dan sampel kering formulasi terbaik manakala tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi sampel kering dan sampel minuman. Kandungan pH, kandungan vitamin C dan fenolik menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) dalam kajian mutu penyimpanan selama 8 minggu. Peningkatan lembapan menunjukkan perbezaan signifikan sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian mikrobiologi menunjukkan teh herba yang dihasilkan adalah selamat diminum. Ujian perbandingan berganda menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi semua atribut kemanisan, kepahitan, aftertaste dan penerimaan keseluruhan selepas lapan minggu penyimpanan. Ujian pengguna menunjukkan penerimaan yang baik kerana 80% responden sudi membeli teh herba ini. Kesimpulannya, teh herba daripada daun dan kulit jambu batu (Psidium guajava) yang berkhasiat ini mempunyai potensi untuk dijual di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: herbal tea, skin of guava, formulation, Psidium guajava
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 12 Nov 2014 04:59
Last Modified: 13 Oct 2017 07:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9844

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository