Pengaruh saiz hidangan dan pengambilan tenaga daripada makanan terhadap rasa kekenyangan makanan di kalangan pelajar SSMP

Lim , Wan Yee (2013) Pengaruh saiz hidangan dan pengambilan tenaga daripada makanan terhadap rasa kekenyangan makanan di kalangan pelajar SSMP. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
13Mb

Abstract

Suatu kajian dijalankan untuk menentukan kesan saiz hidangan dan pengambilan tenaga daripada makanan ke atas rasa kekenyangan para pelajar SSMP. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pengukuran berulang di kalangan subjek. Hipotesis kajian ialah saiz hidangan dan pengambilan tenaga daripada makanan mempengaruhi tahap kekenyangan pelajar SSMP. Kajian ini melibatkan 72 orang responden (40 orang perempuan dan 32 orang lelaki) dengan min umur 22.17±0.24 tahun. Para responden makan hidangan eksperimen (roti sandwich tuna) di Makmal Klinik Pemakanan dan Dietetik seminggu sekali selama dua minggu. Untuk minggu pertama, responden dihidangkan dengan setengah saiz hidangan roti sandwich. Minggu berikutnya responden dihidangkan dengan satu hidangan roti sandwich. Pengambilan tenaga dan saiz hidangan adalah faktor tetap dalam kajian ini. Penilaian ke atas tahap kekenyangan dilakukan pada sebelum dan selepas makan hidangan eksperimen dengan menggunakan skala visual analog (VAS). Analisis dijalankan dengan menggunakan ujian-t satu sampel dan bersandar. Hubungan antara saiz hidangan dan pengambilan tenaga diuji dengan analisis kolerasi. Pengaruh saiz hidangan dan pengambilan tenaga roti sandwich tuna menunjukkan kesan yang ketara ke atas tahap kekenyangan para pelajar SSMP (p<0.05). Tahap kekenyangan selepas pengambilan hidangan eksperimen meningkat dari setengah hidangan kepada satu hidangan, selari dengan peningkatan saiz hidangan dan pengambilan tenaga. Semua responden makan habis hidangan eksperimen yang disediakan. Apabila dihidang dengan satu hidangan sandwich tuna, berbanding dengan setengah saiz hidangan sandwich tuna, semua responden mengalami 100% lebih pengambilan tenaga (133.6 kcal). Keputusan ini menunjukkan bahawa peningkatan saiz hidangan dan pengambilan tenaga daripada makanan meningkatkan tahap kekenyangan, di samping menurunkan tahap kelaparan di kalangan pelajar SSMP.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:portion size, energy intake, food satiety, level of hunger, visual analog scale (VAS)
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9852
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Nov 2014 13:01
Last Modified:25 Nov 2014 14:55

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository