Pengaruh kepimpinan pengajaran pengetua dan kualiti pengajaran guru terhadap pembelajaran pelajar di sekolah

Hor, Chow Wah (2012) Pengaruh kepimpinan pengajaran pengetua dan kualiti pengajaran guru terhadap pembelajaran pelajar di sekolah. Other thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh kepimpinan pengajaran pengetua.pdf

Download (24MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan pengajaran pengetua, kualiti pengajaran guru dan disiplin pembelajaran pelajar di sekolahsekolah menengah mubaligh Kristian di Sabah. Kepimpinan pengajaran pengetua dibahagikan kepada lima sub domain manakala kualiti pengajaran guru dan disiplin pembelajaran pelajar dibahagikan kepada 4 sub domain masing-masing. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan sampel. Data pengetua diperoleh daripada instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM) manakala data guru diperoleh daripada instrumen Penilaian Anugerah Beluran, Sandakan dan Telupid (PABeST) dan instrumen Penilaian Disiplin Pembelajaran Pelajar (PDPP) digunakan untuk mengutip data pelajar. Pemboleh ubah bebas ialah kepimpinan pengajaran pengetua dan kualiti pengajaran guru manakala pemboleh ubah bersandar ialah disiplin pembelajaran pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pengetua dan 300 orang guru dari sekolah menengah mubaligh Kristian di Sabah yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan serta 300 orang pelajar dari kelas baik, sederhana dan lemah yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan secara kuota. Data kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 15.0. Prosedurnya melibatkan ujian normaliti, ANOVA satu hala, analisis statistik perihalan (min, sisihan piawai dan peratus) dan analisis statistik inferensi (korelasi Bivariate jenis Pearson pada aras signifikan p<0.05 dan analisis regresif linear) untuk menghurai dan mengenal pasti ketiga-tiga pemboleh ubah. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti pengajaran guru (p=.000, r= 0.968, m=3.46 ; SP = 0.62) terhadap disiplin pembelajaran pelajar. Namun demikian sub domain pemantauan kepimpinan pengajaran pengetua (p= -0.256, r= 0.238) dengan sub domain persediaan belajar oleh pelajar tidak menunjukkan hubungan yang signifikan atau berkorelasi antara satu sama lain. Analisis regresi linear menunjukkan tahap kualiti pengajaran guru menyumbang sebanyak 93.8% terhadap disiplin pembelajaran pelajar di mana sub domain kenai diri (p<0.01; r²=0.765) dan kesungguhan guru (p<0.01; r²=0.901) menyumbang peratusan yang paling tinggi berpandukan analisis regresi linear. Dapatan ini mengesahkan bahawa pengajaran guru yang berkualiti menyumbang ke arah pembentukan disiplin pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah menengah mubaligh Kristian di Sabah.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: influence, principals' instructional leadership, teacher, teaching qualities
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Oct 2017 03:39
Last Modified: 24 Oct 2017 03:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9857

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository