Pengetahuan dan sikap mahasiswa Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap amalan pemilihan makanan halal

Hazriani Harris, (2013) Pengetahuan dan sikap mahasiswa Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap amalan pemilihan makanan halal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
8Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan sikap mahasiswa Islam terhadap amalan pemilihan makanan halal. Kajian ini dijalankan ke atas 367 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa Islam di kampus induk Universiti Malaysia Sabah yang sedang menjalani pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sahaja. Persampelan secara rawak digunakan di mana responden dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk scalan tertutup dan terbahagi kepada empat bahagian iaitu A: Amalan Pemilihan Makanan Halal - 10 item yang menggunakan skala Likert 5 mata, B: Pengetahuan Mengenai Konsep Makanan Halal - 15 item yang menggunakan yang menggunakan sistem pemarkahan 1/0, C: Sikap Terhadap Pemilihan Makanan Halal - 10 item yang menggunakan skala Likert 5 mata, dan D: Demografik Responden - 5 item yang menggunakan skala nominal. Semua data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0. Kaedah analisis yang digunakan adalah Cronbach's Coefficient Alpha, analisis deskriptif, Mann-Whitney, Kruskal-Wallis serta korelasi Spearman. Kajian menunjukkan aspek amalan pemilihan makanan halal dalam kalangan responden adalah amat baik dengan nilai skor min 4.50. Mereka juga mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan mengenai konsep makanan halal dengan nilai skor min 12.78. Selain itu, sikap mereka terhadap pemilihan makanan halal adalah positif dengan nilai skor min 4.48. Hubungan antara pengetahuan mengenai konsep makanan halal dan amalan pemilihan makanan halal dalam kajian ini didapati tidak signifikan di mana r=0.04, p>0.05. Bagi hubungan antara sikap terhadap pemilihan makanan halal dan amalan pemilihan makanan halal pula, hasil kajian telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah terse but di mana r=0.73, p<0.05.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:knowledge and attitude, Muslim student, halal food, SPSS
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9867
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Nov 2014 12:55
Last Modified:12 Nov 2014 12:55

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository