Kualiti diri guru Pendidikan Islam sekolah menengah di Sabah

Mohd Kassim Tusin, (2010) Kualiti diri guru Pendidikan Islam sekolah menengah di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kualiti diri guru Pendidikan Islam.pdf

Download (17MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes kualitatif mengenai kualiti Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah menengah di Sabah. Tujuan utama kajian adalah meneroka apakah kualiti diri GPI dalam usaha mereka membentuk sahsiah pelajar? Bagaimanakah kualiti tersebut diperolehi? Bagaimanakah pula diaplikasi dalam kelas dan dalam kehidupan mereka? Model Kualiti Guru al-Ghazali (1404H) dan Sidek (2004) menjadi teori utama dalam sorotan literatur. Sampel dipilih secara purposive atau bertujuan melibatkan empat orang GPI, berdasarkan cadangan daripada Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (JPN Sabah), Jemaah Nazir Sekolah Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu. Triangulasi kaedah pengutipan data dilaksanakan dengan menggabungkan temu bual separa berstruktur, pemerhatian di kelas dan analisis dokumen. Triangulasl sumber data juga dilakukan melibatkan GPI, rakan sekerja, pelajar tingkatan empat dan wakil JPN. Usaha ini adalah bagi mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Data-data dari temu bual, pemerhatian dan dokumen dianalisis menggunakan elemen-elemen Grounded Theory (Strauss & Corbin, 1998) terutamanya kod membuka, kod berpaksi dan kod memilih. Analisis ini menghasilkan tema dan kategori yang dilaporkan secara deskriptif dan interpretif. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga kategori kualiti GPI yang utama iaitu, pengetahuan, personaliti dan kemahiran. Sumber kualiti pula berkisar sekitar keluarga, kesungguhan semasa di IPT dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti rasmi dan kemasyarakatan setelah bergelar guru. GPI mengaplikasi kualiti mereka di sekolah di samping tidak mengabaikan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Pada peringkat akhir, kajian merumuskan kualiti diri GPI berkait rapat dengan tiga tema laitu falsafah, psikologi dan sosiologi. Dapatan kajian ini diharap dapat dihayati oleh semua guru terutamanya GPI bagi mengekalkan serta meningkatkan kualiti diri dalam usaha membentuk sahsiah pelajar secara berkesan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: quality, secondary school, Islamic Education teacher
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Oct 2017 03:39
Last Modified: 24 Oct 2017 03:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9900

Actions (login required)

View Item View Item