Penghasilan aiskrim berperisa serai makan (Cymbopogon Citratus Stapf) rendah lemak

Nurazifah Muhamad Ramzi, (2013) Penghasilan aiskrim berperisa serai makan (Cymbopogon Citratus Stapf) rendah lemak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan dan membangunkan aiskrim berperisa serai makan (Cymbopogon citratus stapf) rendah lemak. Penghasilan aiskrim berperisa serai makan rendah lemak adalah penggunaan susu (24%), krim (20%), air (11.5%) dan serbuk serai (1.5%),. Analisis proksimat aiskrim berperisa serai makan rendah lemak mengandungi kandungan Jembapan (46.37±2.58%), kandungan abu (9.70±0.19%), kandungan lemak (9.03±0.77%), kandungan protein (6.98±0.04%), kandungan serabut kasar (10.01±1.11%) dan overrun (42.84%). Mutu kajian simpanan produk akhir selama lapan minggu telah dikaji untuk menilai kestabilannya semasa penyimpanan dengan menggunakan analisis fizikokimia, mikrobiologi dan ujian penilaian sensori. Keputusan fizikokimia yang diperolehi menunjukkan bahawa produk aiskrim ini mempunyai nilai pH 6.71 dan nilai jumlah pepejal larut 450 Briks. Analisis mikrobiologi menunjukkan produk aiskrim ini mematuhi standard mikrobiologi Akta Peraturan Makanan 1983. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) ke atas sampel penyimpanan selama lapan minggu dari segi penilaian sensori dan fizikokimia yang dilakukan. Nilai pH produk disimpan selama 8 minggu menunjukkan penurunan sehingga 6.15±O.01 tetapi tiada perubahan pad a jumlah pepejal larut. Keputusan ujian pengguna menunjukkan sebanyak 55% daripada pengguna adalah penggemar herba. Sebanyak 77% menunjukkan responden akan membeli berperisa serai makan rendah lemak apabila dipasarkan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:lemongrass, low fat, ice cream, formulation, storage
Subjects:T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9901
Deposited By:IR Admin
Deposited On:06 Nov 2014 11:19
Last Modified:06 Nov 2014 11:19

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository