Kajian keberkesanan potensi bahan terpilih untuk rawatan pengaliran asid lombong di bekas lombong tembaga Mamut, Ranau, Sabah

Affendy Derisa, (2014) Kajian keberkesanan potensi bahan terpilih untuk rawatan pengaliran asid lombong di bekas lombong tembaga Mamut, Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
11Mb

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk menilai patensi keberkesanan bahan rawatan terpilih seperti batu pasir berkapur (BPK), batu serpentin (BS), sekam padi (SP) dan juga kompos kelapa sawit (KKS) dalam merawat pengaliran asid lambang yang mengalir dari Tasik bekas Lombong Tembaga Mamut yang bercirikan pH rendah, logam berat dan ion sulfat yang berkepekatan tinggi. Patensi keberkesanan setiap bahan ini telah dinilai menggunakan satu siri susunan, 4 - 6 tangki polivinil klorida (PVK) berkapasiti 800 liter untuk setiap satunya. Batu pasir berkapur (BPK) telah menggunakan empat tangki yang diisikan dengan BPK sebanyak 500±10kg bersama 100±10kg tanah hitam. Batu serpentin (BS) menggunakan sebanyak 6 tangki yang telah diisikan dengan 500± 10kg BS. Kombinasi batu serpentin (BS) dan sekam padi (SP) telah menggunakan sebanyak empat tangki. Dua tangki pertama yang berisi 500±10kg BS telah ditambah dan diisikan dengan 200±10kg sekam padi (SP) dan dua tangki terakhir lagi berisi 500±10kg BS. Kambinasi batu serpentin (BS), sekam padi SP) dan juga kompas kelapa sawit (KKS) telah menggunakan sebanyak enam tangki, dua tangki pertama telah diisikan dengan 500±10kg BS dan 200±10kg SP, dua tangki seterusnya diisikan dengan 500±10kg BS dan dua tangki PVK terakhir diisikan dengan 500±10kg BS bersama 200±10kg kampas kelapa sawit (KKS). Sebuah lagi susunan yang sama telah dibina untuk setiap bahan rawatan bagi tujuan replikasi dan 500ml untuk setiap siri susunan di tangki terakhir telah diambil dalam tempah 24 tempoh tindak balas untuk tujuan analisis. Keputusan menunjukkan bagi setiap aliran bacaan pH akhir adalah pH 5.96, 4.46, 6.51 dan 6.93; julat peratusan penyingkiran logam berat adalah 12.83 - 99.28, 73.21 - 93.55, 47.79 - 96.22 dan 94.27 - 99.21 %; dan julat peratusan ion sulfat adalah 8.03, 0.19, 5.01 dan 5.43%. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara bahan peneutralan dalam mempengaruhi peningkatan pH (F (3,36) = 62.6, p < .05); dan pengurangan kepekatan logam berat (F (3,60) = 6.09, p < .05). Ujian Tukey's HSD menunjukkan bahawa bahan peneutralan seperti BS, kurang berkesan meningkatkan pH secara signifikan berbanding dengan penggunaan bahan yang lain. Dalam ujian yang sama, hanya bahan peneutralan kombinasi (BS, SP dan KKS) yang kurang berkesan dalam mengurangkan kepekatan logam berat. Didapati semua bahan yang digunakan hanya mempengaruhi 1.21% kepada pengurangan kepekatan ion sulfat (I²= .012).Secara puratanya, keputusan kajian yang ditunjukkan adalah mematuhi paras yang dibenarkan untuk diterima alam sekitar dan mempunyai potensi untuk dikembangkan kepada kajian lanjut.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:acid, drainage, treatment, heavy metal, sulfate ion concentration, palm oil compost (POC), calcareous sandstone (CCS), serpentine stone (55), rice husk (RH)
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:SCHOOL > Institute for Tropical Biology and Conservation
ID Code:9917
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Nov 2014 12:53
Last Modified:12 Nov 2014 12:53

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository