Percambahan biji benih dan propagasi orkid Phalaenopsis Gigantea (telinga gajah) secara in vitro

Rosmah Murdad, (2008) Percambahan biji benih dan propagasi orkid Phalaenopsis Gigantea (telinga gajah) secara in vitro. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
22Mb

Abstract

Percambahan biji benih dan propagasi In vitro orkid endemik Borneo, Phalaenopsis gigantea telah dikaji. Kajian meliputi kesan terhadap faktor seperti kematangan eksplan, perlakuan terhadap eksplan, media asas (KC, ½MS, XER dan NDM) pengawalatur pertumbuhan (NAA dan SAP), kompleks tabii iaitu air kelapa (AK), jus tomato (JT), homogenat ubi kentang (HUK) dan homogenat pisang (HP), arang teraktif (AT) dan sumber karbon (sukrosa, fruktosa dan glukosa) terhadap percambahan biji benih, penggandaan protokorm serta pertumbuhan dan perkembangan protokorm yang mempengaruhi pembentukan anak benih. Hasil kajian ke atas percambahan biji benih mendapat bahawa lebih kurang 90% biji benh dari kapsul 170 hari selepas polinas (HSP) bercambah, manakala hanya lebih kurang 40% percambahan pada biji benih dari kapsul 130 HSP dan tiada percambahan pacta biji benih 100 HSP selepas 70 hari tempoh pengkulturan. Penggunaan media asas NDM dan XER dapat meningkatkan kadar percambahan biji benih berbanding dengan media Knudson C dan ½MS. Selepas 70 hari tempoh pengkulturan, sebanyak 92.62% dan 95.66% percambahan dicerap masing-masing dalam media asas NDM dan XER. Sementara itu, pada media KC dan ½MS masing- masing mencatatkan sebanyak 30.08% dan 88.09%. Penambahan HUK dapat meningkatkan kadar percambahan (91.38-100%) tanpa mengira kepekatan (10, 15 dan 20%) dalam media NDM dan XER. Manakala, penambahan HP dalam media asas XER menunjukkan kesan perencatan terhadap perc:ambahan biji benih. Kajian ke atas penggandaan protokorm pula mendapati bahawa media asas NDM lebih baik berbanding dengan XER. Penambahan 0.05 mgL⁻¹NAA atau 1 mgL⁻¹ BAP bersendirian dan kombinasi 0.5 mgL ⁻¹ NAA + 1 mgL⁻¹ SAP memberi hasil yang baik ke atas protokorm yang mengganda (sehingga 60.80%) selepas 98 hari tempoh pengkulturan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa protokorm yang berusia 50 hari selepas pengkulturan (HSK) dalam media percambahan adalah peringkat kematangan yang optima untuk penggandaan protokorm, manakala protokorm 100 dan 150 HSK lebih cenderung membentuk pucuk daun dan akar. Penambahan AK pada kepekatan 10-15% (v/v) dan AT 2.0 atau 2.5 gel dalam media dapat meningkatkan penggandaan dan kadar mandiri protokorm yang dipotong dan tidak dipotong pada bahagian dasarnya. Dalam semua media yang digunakan, protokorm yang dipotong dasarnya menunjukkan peratus penggandaan yang terbaik (sehingga 56.82%) dan bilangan protokorm baru yang terhasil (sehingga 70 per protokorm) selepas 112 hari tempoh pengkulturan. Kajian ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokorm P. glgantea telah dijalankan menggunakan media yang ditambah dengan 0.11 mol gula dengan kombinasi 0, 10, 15 dan 20% (v/v) HUK. Selepas 150 hari tempoh pengkulturan, protokorm bertumbuh dengan baik dalam media yang mengandungi gula atau HUK secara bersendirian. Protokorm yang dikultur dalam media yang mengandungi fruktosa memberikan Indeks pertumbuhan (IP) tertlnggl (537.4) berbanding glukosa atau sukrosa. Media yang mengandungi HUK sahaja memberikan IP sebanyak 466.60 - 494.4. Sebaliknya, media yang mengandungi kombinasi gula dan HUK memberikan IP yang sangat rendah iaitu 310.0 - 397.0. Sistem yang dikaji untuk percambahan biji benih dan propagasi In vitro P. gigantea merintis pengetahuan kepada kajian yang Iebih luas dan mendalam ke atas spesies orkid ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:in vitro propagation, seed germination, Borneo endemic orchid, protocorm, culture technique
Subjects:Q Science > QK Botany
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9921
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Nov 2014 12:51
Last Modified:12 Nov 2014 12:51

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository