Balan Rathakrishnan and Rahimah Abd Rahim Etnik Dan Gaya keibubapaan ke atas penglibatan pelajar dalam penagihan dadah: satu kajian awal di sabah, Jurnal Antidadah Malaysia. Jurnal Antidadah Malaysia (Malaysian Anti-Drugs Journal). ISSN 1985-1707
|
Text
Etnik Dan Gaya keibubapaan ke atas penglibatan pelajar dalam penagihan dadah.pdf Download (129kB) | Preview |
Abstract
Etnik dan Gaya Keibubapaan ke Atas Penglibatan Pelajar Dalam Penagihan Dadah: Satu Kajian awal di Sabah -Kajian ini meninjau perbezaan antara pelajar yang berlainan etnik (Melayu, Cina, Bajau, Brunei dan Kadazan Dusun) dan jantina ke atas penagihan dadah di Sabah. Kajian ini juga mengkaji pengaruh gaya keibubapaan ke atas penglibatan pelajar di dalam mengambil dadah. Tiga bentuk gaya keibubapaan yang diteliti ialah autoritarian, autoritatif dan permisif. Seramai 100 orangpelajar telah dipilih secara rawak daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni, Papar telah dipilih sebagai subjek kajian. Hasil kajian telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikandari segi etnik ke atas penglibatan pelajar dalam dadah. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap ketiga-tiga gaya keibubapaan terhadap penglibatan pelajar dalam penagihan dadah. Jika dilihat dari segi jantina remaja, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara penglibatan pelajar lelaki dan perempuan. Implikasi utama kajian ini adalah untuk mendedahkan bahawa etnik tertentu dan gaya keibubapaan bukan aspek penting yang boleh dikaitkan dengan penagihan dadah di kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology |
Divisions: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | OTHMAN HJ RAWI - |
Date Deposited: | 11 Mar 2019 15:02 |
Last Modified: | 11 Mar 2019 15:02 |
URI: | http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21564 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |