Hubungan Perfeksionisme, keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar Universiti Di Sabah, Malaysia

Allya Cassandra Alim and Balan Rathakrishnan and Alice Alim and Peter Voo (2016) Hubungan Perfeksionisme, keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar Universiti Di Sabah, Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2). ISSN 2289-8174

[img]
Preview
Text
HUBUNGAN PERFEKSIONISME, KEPERLUAN PSIKOLOGI ASAS DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH.pdf

Download (130kB) | Preview
[img]
Preview
Text
HUBUNGAN PERFEKSIONISME, KEPERLUAN PSIKOLOGI ASAS DAN.pdf

Download (291kB) | Preview

Abstract

Menurut Ryff, Keyes dan Shmotkin (2002), kesejahteraan psikologi merangkumi resolusi berjaya bagi cabaran utama dalam setiap tahap perkembangan hidup seseorang (Erikson, 1963). Kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar mula mendapat perhatian dan dilihat sebagai aspek penting dalam kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat institusi tinggi. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan tiga sub-faktor perfeksionisme, tiga sub-faktor keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Metodologi kajian adalah berbentuk survei dalam kalangan 468 orang pelajar unversiti dengan menggunakan soal selidik iaitu Scales of Psychological Well-Being (SPWB), Almost Perfect Scale Revised (APS-R) dan Basic Psychological Needs Scale (BPNS). Subjek kajian terdiri daripada 468 orang pelajar peringkat sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21. Hasil kajian menunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara perfeksionisme, keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perfeksionisme, Keperluan Psikologi Asas , Kesejahteraan Psikologi , Pelajar Universiti
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
?? LB2300 ??
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 15 Apr 2019 11:48
Last Modified: 21 Jul 2021 14:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21783

Actions (login required)

View Item View Item