Safiza Mohd Salim Kesan penggunaan kadar baja nitrogen dan kalium terhadap pertumbuhan dan hasil bendi (Abelmoschus Esculentus L. Moench). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kesan penggunaan kadar baja nitrogen dan kalium terhadap pertumbuhan dan hasil bendi.pdf Download (967kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah di jalankan dalam rumah kalis serangga bernombor enam, yang terletak di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Sandakan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan baja Nitrogen dan Kalium terhadap pertumbuhan hasil bendi. Kesan kadar baja Nitrogen (80,100,120 kgN/ha) dan baja Kalium (130, 150, 170 kgK/ha) telah dikaji dari bulan Jun sehingga Oktober 2017. Rekabentuk ujikaji yang digunakan ialah CRD (Complete Randomized Design). Parameter yang diambil untuk ujikaji ini ialah ketinggian pokok, jumlah daun, jumlah buah per pokok, berat basah buah bendi, panjang buah bendi dan kandungan klorofil yang terhasil. Setelah ujikaji dijalankan, didapati semua parameter tidak terdapat berbezaan bererti kecuali berat basah buah bendi. 'Two-Way ANOVA' telah digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan minitab 1.6. Secara keseluruhannya, rawatan Tl (80 kgN/ha + 170 kgK/ha) dan rawatan T2 (80 kgN/ha + 150 kgK/ha) merupakan kadar baja yang terbaik untuk digunakan semasa penanaman pokok bendi. Baja ini dapat meningkatkan jumlah buah bendi (6 buah), garis pusat bendi (1.75 sm), panjang buah bendi (14.48 sm), kandungan klorofil dalam bendi dan berat basah buah bendi (20.0 g). Selain itu, melalui ujikaji ini, adalah didapati bahawa kadar baja rawatan TS (100 kgN/ha + 150 kgK/ha) memberi kesan yang minimum terhadap tertumbuhan dan hasil bendi dari segi jumlah buah (3 biji), panjang buah bendi (13.48 sm) kandungan klorofil dalam daun, dan berat basah bendi (8.9 g)
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Nitrogen , Potassium , fertilizer |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Divisions: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 06 Nov 2019 08:12 |
Last Modified: | 06 Nov 2019 08:12 |
URI: | http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23999 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |