Amalan pengurusan perniagaan di kalangan usahawan mikro di Teluk Mengkabung, Tuaran Sabah

Amer Azlan Abdul Jamal and Noor Fzlinda Fabeil Amalan pengurusan perniagaan di kalangan usahawan mikro di Teluk Mengkabung, Tuaran Sabah.

[img] Text
Amalan pengurusan perniagaan di kalangan usahawan mikro di Teluk Mengkabung, Tuaran Sabah-Abstract.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Amalan Pengurusan Perniagaan Di Kalangan Usahawan Mikro Di Teluk Mengkabung, Tuaran Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (319kB) | Request a copy

Abstract

Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting di dalam memperkuat ekonomi serta membentuk negara ke arah negara maju menjelang 2020. Selama beberapa dekad, PKS telah menyumbang sejumlah besar peratusan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Antara tahun 2005-2014, sektor ini telah berkembang pada kadar tahunan 7.1% berbanding 4.9% daripada KDNK yang disokong oleh pertumbuhan di semua sektor ekonomi (SME Corp, 2015). Namun begitu, isu serta permasalahan seperti migrasi buruh, jurang penyertaan berdasarkan etnik dan jantina, prestasi perniagaan dan pengurusan kewangan, berpotensi menjadi penghalang buat sektor ini untuk maju dan bertahan dalam jangka masa panjang. Sehubungan itu, kajian ini akan meneroka serta menilai amalan pengurusan perniagaan yang sedang dipraktikkan di kalangan pengusaha mikro yang menetap di Teluk Mengkabong, Tuaran, Sabah. Kajian ini tidak hanya akan memberikan pandangan yang lebih baik mengenai amalan pengurusan perniagaan semasa oleh penduduk kampung, tetapi juga membantu mengenal pasti segmen populasi tertentu yang memerlukan latihan dan sokongan untuk perniagaan mereka.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: PKS , Amalan keusahawanan , Sokongan keusahawanan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Jun 2021 09:38
Last Modified: 02 Jun 2021 09:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27084

Actions (login required)

View Item View Item