Peranan Protestant Church in Sabah (PCS) dalam perkembangan sosial masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah

Clinson Mojijang and Maureen De Silva (2020) Peranan Protestant Church in Sabah (PCS) dalam perkembangan sosial masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah. Jurnal Borneo Arkhailogia, 5 (1). pp. 89-104. ISSN 2600-8726

[img] Text
Peranan Protestant Church in Sabah (PCS) dalam perkembangan sosial masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah-Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Peranan Protestant Church in Sabah (PCS) dalam perkembangan sosial masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (395kB)

Abstract

Gereja Basel di Sabah berada di bawah naungan Pusat Misi Basel di Switzerland. Namun, disebabkan masalah kewangan Pusat Misi Basel, gereja Basel di Sabah ditadbir sendiri tanpa melibatkan bantuan kewangan daripada luar. Nama Gereja Basel Borneo kemudiannya ditukar menjadi Christian Church of Basel Malaysia (BCCM) pada tahun 1963. BCCM berperanan dalam mengembangkan agama Basel dalam kalangan masyarakat setempat, terutama etnik Rungus yang membawa kepada penubuhan Protestant Church in Sabah (PCS). Objektif makalah ini adalah untuk menganalisis peranan PCS sebagai institusi agama dalam pembangunan sosial masyarakat Rungus di Kudat dari tahun 1953 hingga 1993. Kajian ini dibuat berdasarkan sumber utama seperti dokumen, laporan tahunan dan surat khabar yang diperoleh dari Arkib Negeri Sabah. Catatan peribadi dan sumber lisan mubaligh juga digunakan untuk menganalisis pengaruh perubahan dalam perkembangan sosial yang dilakukan oleh PCS terhadap masyarakat Rungus. Kajian ini mendapati bahawa mubaligh PCS sangat signifikan dalam penyebaran agama Kristian kepada etnik Rungus di Kudat yang sebelumnya dilakukan oleh mubaligh Jerman dan Switzerland. Untuk memudahkan penyebaran agama Kristian, para mubaligh PCS bersama-sama dengan Misi Basel membawa pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan dan kesihatan dalam kalangan etnik Rungus di Kudat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gereja Protestant di Sabah , Misi Basel, Kudat , Rungus , Sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BR Christianity
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jun 2021 08:17
Last Modified: 10 Jun 2021 08:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27165

Actions (login required)

View Item View Item