Teknik penyuntingan dan kesannya terhadap emosi audiens dalam filem aksi terpilih Malaysia

Rosli Sareya and Zairul Anuar Md Dawam and Borhan Abdullah and Sharip Zainal bin Sagkif Shek and Muhamed Syafiq bin Salleh (2020) Teknik penyuntingan dan kesannya terhadap emosi audiens dalam filem aksi terpilih Malaysia. Gendang Alam, 10 (1). pp. 89-120.

[img] Text
Teknik penyuntingan dan kesannya terhadap emosi audiens dalam filem aksi terpilih Malaysia-Abstract.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Teknik penyuntingan dan kesannya terhadap emosi audiens dalam filem aksi terpilih Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada adegan-adegan aksi jalanan bermotor dengan membuat penelitian terhadap kesesuaian teknik-teknik suntingan filem aksi jalanan terpilih. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara terperinci adegan aksi jalanan yang wujud dalam filem tersebut. Kajian ini mengambil dua buah filem aksi jalanan, iaitu KL Menjerit (2002) dan Evolusi KL Drift 2 (2010) sebagai kajian kes. Data diperoleh menerusi penontonan berterusan terhadap filem-filem aksi terpilih dengan melihat secara stop motion, iaitu meneliti frame by frame syot dalam setiap adegan aksi jalanan tersebut. Maklumat berkenaan teknik penyuntingan filem juga diperoleh menerusi temu ramah dengan pengarah dan penyunting filem-filem aksi jalanan tersebut. Selain itu, maklumat lain juga diperoleh daripada jurnal, buku, internet, bahan penerbitan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), majalah, akhbar dan kertas kerja daripada penyelidik-penyelidik terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua buah filem aksi tersebut disunting menggunakan teknik penyuntingan yang mampu melahirkan kesan dramatik. Namun, teknik penyuntingan parallel tidak digunakan oleh kedua-dua penyunting filem tersebut. Pengkaji turut mendapati bahawa elemen seperti cemas, teruja, kejutan, debaran dan bersemangat harus ada dalam membentuk sesebuah adegan aksi jalanan bagi menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik. Menerusi kajian ini nanti, diharap para penyunting filem aksi jalanan khususnya dapat memahami dan seterusnya mengetahui penggunaan teknik-teknik penyuntingan mengikut kesesuaian pada sesebuah adegan aksi jalanan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teknik penyuntingan , Adegan aksi , Bahasa filem , Filem aksi , filem Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
N Fine Arts > N Visual arts
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jun 2021 11:47
Last Modified: 10 Jun 2021 11:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27181

Actions (login required)

View Item View Item