Pengaruh beban penjagaan terhadap dimensi kualiti hidup : kawalan diri sebagai mediator dalam kalangan penjaga utama pesakit kanser di hujung nyawa

Wanda Kiyah George Albert and Mohd Haazik and Azlinda Azman and Zulkarnain Hatta and Steward Lindong and Adi Fahrudin (2020) Pengaruh beban penjagaan terhadap dimensi kualiti hidup : kawalan diri sebagai mediator dalam kalangan penjaga utama pesakit kanser di hujung nyawa. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial, 4. pp. 33-45. ISSN 2600-7819

[img] Text
Pengaruh beban penjagaan terhadap dimensi kualiti hidup, kawalan diri sebagai mediator dalam kalangan penjaga utama pesakit kanser di hujung nyawa-Abstract.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Pengaruh Beban Penjagaan Terhadap Dimensi Kualiti Hidup, Kawalan Diri Sebagai Mediator Dalam Kalangan Penjaga Utama Pesakit Kanser Di Hujung Nyawa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (525kB) | Request a copy

Abstract

Kemajuan dalam bidang perubatan telah menyebabkan berlakunya peralihan peranan di dalam aktiviti penjagaan pesakit kronik terutamanya pesakit yang berada pada fasa terminal ini. Peralihan penjagaan dari hospital ke rumah memerlukan penjaga utama yang terdiri daripada ahli keluarga untuk melakukan pelbagai usaha dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan isu yang melibatkan penjagaan saat akhir selain daripada perlu menerima hakikat akan pemergian ahli keluarga mereka. Tanpa pengetahuan dan persediaan yang rapi, penjaga utama cenderung untuk merasa terbeban dengan peranan baru yang perlu mereka galas dan sekaligus memberikan kesan secara tidak langsung kepada kehidupan penjaga terutamanya ke atas beberapa dimensi dalam kualiti hidup mereka. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh beban penjagaan terhadap dimensi kualiti hidup dan melihat peranan kawalan diri yang berperanan sebagai mediator terhadap beban penjagaan dan dimensi kualiti hidup dalam kalangan penjaga utama pesakit kanser dalam fasa terminal. Kajian ini merupakan kajian keratan rentas yang melibatkan 97 orang penjaga utama pesakit kanser fasa terminal dengan menggunakan persampelan bertujuan. Soal selidik The Adult Carer Quality-of-Life Questionnaire (AC-QoL), Zarit Burden Interview (J-ZBI-8) dan Pearlin’s Sense of Mastery telah digunakan di dalam kajian ini. Berdasarkan analisis data menggunakan Smart-PLS 3.2.8, analisis secara langsung menunjukkan bahawa subskala di dalam beban penjagaan iaitu ketegangan peranan mempunyai pengaruh negatif yang signifikan terhadap kualiti hidup dalam aspek sokongan kepada penjaga, kawalan dalam tekanan menjaga, perkembangan diri dan keupayaan untuk menjaga. Manakala subskala di dalam beban penjagaan iaitu ketegangan personal mempunyai pengaruh negatif yang signifikan terhadap kualiti hidup dalam aspek tekanan menjaga. Seterusnya analisis hubungan tidak langsung pula menunjukkan bahawa kawalan diri didapati tidak berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara beban, tekanan penjagaan dan kualiti hidup penjaga utama. Kajian ini telah memberi implikasi kepada penjagaan dalam kalangan keluarga yang mengalami beban penjagaan terutamanya dalam aspek ketegangan peranan dan personal mereka sehingga menjejaskan beberapa dimensi kualiti hidup mereka. Dalam usaha untuk meningkatkan dimensi di dalam kualiti hidup penjaga utama pesakit kanser di hujung nyawa ini, pekerja sosial merupakan profesion menolong yang akan perlu melakukan beberapa pendekatan, kaedah dan teknik di dalam praktis kerja sosial untuk meningkatkan ketidakfungsian sosial yang berlaku kepada penjaga.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Beban penjagaan , Ketegangan personal , Ketegangan peranan , Kawalan diri , Penjaga utama , Pesakit kanser di hujung nyawa
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
?? RC0254 ??
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jun 2021 13:32
Last Modified: 14 Jun 2021 13:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27187

Actions (login required)

View Item View Item