Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan : satu kajian perbandingan antara penjara

Azahar Che Latiff and Puteri Hayati Megat Ahmad and Wan Anor Wan Sulaiman and Mohd Dahlan A. Malek (2020) Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan : satu kajian perbandingan antara penjara. Journal of Human Development and Communication, 9 (1). pp. 67-76. ISSN 2232-1535

[img] Text
Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan, Satu kajian perbandingan antara penjara-Abstract.pdf

Download (100kB)
[img] Text
Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan, Satu kajian perbandingan antara penjara.pdf
Restricted to Registered users only

Download (276kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif di dalam penulisan ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi tiga integrasi teori dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Reality Therapy (RT). Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 80 orang banduan murung (40 rawatan; 40 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenal pasti sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur Beck Depression Inventory (BDI). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian non-parametrik, iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank. Hasil kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam kemurungan. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurunan dari pra program kepada pasca program lebih besar berbanding kumpulan kawalan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Banduan penjara , Kaunseling kelompok , Modul rawatan , Terapi integratif
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Jun 2021 08:47
Last Modified: 16 Jun 2021 08:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27190

Actions (login required)

View Item View Item