Komunikasi antara budaya yang efektif: Cabaran, akulturasi dan adaptasi budaya pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah

Halina Sendera Mohd. Yakin (2019) Komunikasi antara budaya yang efektif: Cabaran, akulturasi dan adaptasi budaya pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah. Penerbit UMS, Kota Kinabalu, pp. 603-613. ISBN 978-967-2166-53-5 (Submitted)

[img] Text
Komunikasi antara budaya yang efektif.pdf

Download (1MB)

Abstract

Migrasi adalah isu yang telah berlaku berabad lamanya dan hubungan antara budaya adalah suatu fenomena yang berlaku secara global dan meningkat saban tahun di kebanyakan negara dunia. Berhijrah dan menempati suatu persekitaran budaya yang baharu boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan dan pada masa yang sama mampu mencabar kesabaran dan keteguhan emosi, minda serta fizikal para penghijrah. Penelitian bersifat kualitatif yang mengaplikasikan Teori Akulturasi Berry dan juga Teori Adaptasi Budaya Kim ini mengkaji pengalaman antara budaya yang memfokuskan kepada kejutan budaya atau tekanan dalam akulturasi yang dialami dan mekanisme adaptasi budaya yang dipraktikkan oleh pelajar antarabangsa khususnya pelajar China dari Republik Rakyat China (RRC) di institusi pengajian tinggi, iaitu Universiti Malaysia Sabah. Menarik untuk difikirkan bahawa walaupun terdapat banyak masalah dan hambatan dalam pengurusan pendidikan (pengajaran dan pembelajaran) dalam kalangan pelajar RRC, sama ada bagi para pendidik dan juga para pelajar, kemasukan pelajar RRC di universiti ini terus meningkat saban tahun dan mendominasi jumlah populasi pelajar antarabangsa. Lazimnya, para penghijrah akan mengalami suatu tahap kejutan budaya ataupun tekanan akulturasi di permulaan fasa migrasi terutamanya dalam kalangan individu yang mengamalkan strategi pemisahan dan marginalisasi dalam akulturasi mereka. Kontrasnya, penemuan kajian mendapati suatu yang agak berbeza. Walaupun terdapat dalam kalangan pelajar yang mengalami tekanan akulturasi atau kejutan budaya (bersifat minor) tetapi dalam kebanyakan masa, rata-ratanya mampu menangani kehidupan bermigrasi mereka sebagai penghijrah di tempat ini dengan cara yang agak selesa. Penemuan kajian menyumbang terhadap pemahaman berhubung hambatan dan masalah yang dihadapi pelajar penghijrah dan juga faktor-faktor yang menjayakan adaptasi budaya mereka. Di samping itu, monograf ini turut menyediakan implikasi positif serta saranan konstruktif dan praktikal dalam membina hubungan antara budaya yang kondusif serta efektif antara masyarakat penghijrah dan masyarakat penerima (tuan rumah). Penyelidikan seumpamanya masih relevan sebagai usaha menyahut inisiatif kerajaan untuk memperkasakan prosedur pengambilan pelajar antarabangsa yang dijangkakan menyumbang sebanyak RM15.6 bilion ekonomi negara menjelang 2020. Apa yang pasti, senario penghijrahan, pertembungan dan hubungan antara budaya akan terus mewarnai corak perkembangan, demografi, populasi serta citra sesebuah negara dan pada masa yang sama, memberi impak signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat dunia.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Communication and culture , Students , Foreign , Education , Higher , Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Divisions: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 09 Nov 2021 16:27
Last Modified: 09 Nov 2021 16:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29849

Actions (login required)

View Item View Item