Penggunaan e-pembelajaran dan kesannya terhadap kesejahteraan kakitangan akademik di IPT Sabah

Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof and Mahadirin Ahmad and Jalihah Md Shah and Jurry Foo and Ramlah Daud and Md Hafizi Ahsan and Liew, Thor Seng (2021) Penggunaan e-pembelajaran dan kesannya terhadap kesejahteraan kakitangan akademik di IPT Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 108-116. ISSN 2504-8562

[img] Text
Penggunaan e-pembelajaran dan kesannya terhadap kesejahteraan kakitangan akademik di IPT Sabah ABSTRAK.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Penggunaan e-pembelajaran dan kesannya terhadap kesejahteraan kakitangan akademik di IPT Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB) | Request a copy

Abstract

E-Pembelajaran adalah kaedah pembelajaran dengan menggunakan informasi teknologi dalam pemindahan pengetahuan, pembelajaran dan latihan dalam pendidikan moden. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan, pelbagai usaha dilakukan untuk memperkenalkan sistem E-Pembelajaran dalam sistem pembelajaran universiti di Malaysia. Pemindahan pengetahuan, aktiviti pembelajaran, kuliah dan tutorial tidak terhad kepada pertemuan bersemuka atau kuliah secara tradisional antara para pensyarah dan pelajar malah boleh dilakukan melalui blanded learning (BL). Walau bagaimanapun perkembangan ini mempengaruhi kesejahteraan dalam pekerjaan kakitangan akademik. Kajian rintis (pendekatan kuantitatif) yang dilakukan dalam kalangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Sabah menunjukkan Model Unified Theory of Acceptance And Use Of Technology (UTAUT) boleh digunakan sebagai peramal kepada tingkah laku menggunakan e–pembelajaran kakitangan akademik. Hasil kajian mendapati faktor kondisi kemudahan dan sokongan peralatan teknologi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan penggunaan E-Pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran harian. Walau bagaimanapun kajian ini mendapati amalan E-Pembelajaran mempengaruhi kebimbangan kakitangan akademik dan menerbitkan perasaan takut ketinggalan dalam memahami sistem teknologi pendidikan pada masa kini. Kajian ini membuka jalan kepada penyelidikan yang berkait rapat dengan penerimaan teknologi sejajar dengan keperluan pada masa kini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Model UTAUT , E-pembelajaran , Kesejahteraan pekerja , Takut ketinggalan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
?? LB2300 ??
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 11 Aug 2021 15:03
Last Modified: 11 Aug 2021 15:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30210

Actions (login required)

View Item View Item