Apakah yang kita faham mengenai kesejahteraan kanak-kanak? : kajian kes di Pulau Gaya, Sabah

Saidatul Nornis Haji Mahali and Getrude Cosmas and Chua, Bee Seok (2019) Apakah yang kita faham mengenai kesejahteraan kanak-kanak? : kajian kes di Pulau Gaya, Sabah. Sains Humanika, 11. pp. 63-71. ISSN 2289-6996

[img] Text
Apakah yang kita faham mengenai kesejahteraan kanak-kanak_ Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Apakah yang kita faham mengenai kesejahteraan kanak-kanak_ Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (732kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan membentuk pemahaman lebih baik mengenai konsep kesejahteraan kanak-kanak di Pulau Gaya. Pulau Gaya terletak kira-kira 10 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini juga bertumpu kepada kualiti hubungan kanak-kanak dengan orang lain dan kaitannya dengan kebahagiaan hidup kanak-kanak. Data kajian ini diperoleh daripada 223 orang kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Pulau Gaya, Sabah. The Good Childhood Index digunakan untuk mengukur kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak berkait dengan 10 aspek kehidupan. Indeks ini juga mengandungi satu item yang digunakan untuk mengukur kebahagiaan hidup secara keseluruhan dan, lima item yang digunakan untuk mengukur kepuasan hidup keseluruhan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak di Pulau Gaya adalah sangat gembira terhadap kehidupan mereka. Skor min pada skala ini adalah 8.52. Sekitar 4.4% daripada kanak-kanak dalam kajian ini melaporkan skor di bawah titik tengah, iaitu 5 bagi skala ini. Bagi skala kepuasan hidup, skornya berkisar antara 5 hingga 25. Sekali lagi hasil menunjukkan kepuasan hidup kanak-kanak di Pulau Gaya umumnya adalah positif. Skor min pada skala ini 19.22. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat 2.7% atau 6 orang daripada 223 orang kanak-kanak di Pulau Gaya yang melaporkan kepuasan hidup mereka rendah daripada skor pertengahan bagi skala ini. Dapatan menunjukkan faktor kesejahteraan, iaitu pilihan dalam kehidupan dan kesihatan dimiliki memberi sumbangan positif signifikan kepada kebahagiaan hidup secara keseluruhan kanak-kanak di Pulau Gaya. Dapatan juga menunjukkan hubungan dengan keluarga, pilihan dalam hidup, benda yang dimiliki dan faktor keterampilan diri merupakan peramal signifikan kepada kepuasan hidup kanak-kanak di Pulau Gaya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kesejahteraan kanak-kanak , Kepuasan hidup , Kebahagian hidup , Pulau Gaya , Kota Kinabalu
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ2042-2044 Life style
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 11:19
Last Modified: 20 Sep 2021 11:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30288

Actions (login required)

View Item View Item