Perjanjian penyerahan wilayah utara Borneo 1865, 1877 dan 1878: Tinjauan awal terhadap perbandingan intipati perjanjian

Dg Junaidah Awang Jambol and Baszley Bee Basrah Bee (2021) Perjanjian penyerahan wilayah utara Borneo 1865, 1877 dan 1878: Tinjauan awal terhadap perbandingan intipati perjanjian. MANU, 32. pp. 125-152. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Perjanjian penyerahan wilayah utara Borneo 1865, 1877 dan 1878, Tinjauan awal terhadap perbandingan intipati perjanjian-Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Perjanjian penyerahan wilayah utara Borneo 1865, 1877 dan 1878, Tinjauan awal terhadap perbandingan intipati perjanjian.pdf
Restricted to Registered users only

Download (363kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini merupakan satu usaha untuk membahaskan semula pandangan mengenai perjanjian-perjanjian 1865, 1877 dan 1878 tentang penyerahan wilayah utara Borneo oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu kepada British North Borneo (Chatered) Company (BNBC) yang diwakili oleh Overbeck dan Alfred Dent. Sumber primer sedia ada telah diinterpretasi semula oleh penulis dalam perspektif yang baharu. Dihujahkan bahawa perjanjian penyerahan wilayah utara Borneo pada tahun 1865, 1877 dan 1878 yang dilakukan oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu ini telah menghasilkan suatu peristiwa yang dilihat daripada dua dimensi yang berbeza di dalam pensejarahan Borneo Utara. Kajian lepas banyak diteluri dengan sumber dokumentasi barat sehingga mengabaikan sumber tempatan yang dianggap bersifat berat sebelah terutamanya apabila Kesultanan Brunei menafikan penyerahan sebahagian wilayah utara Borneo kepada Kesultanan Sulu. Namun pada masa yang sama Kesultanan Sulu tetap meneguhkan pendiriannya bahawa telah berlaku penyerahan tersebut kepadanya dengan menggunakan perjanjian 1878 sebagai pengesahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perjanjian penyerahan wilayah utara Borneo 1865, 1877 dan 1878 berlaku disebabkan oleh kegagalan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu untuk mengawal politik pentadbiran di tanah jajahan masing-masing sehingga terpaksa melakukan penyerahan wilayah mengikut terma perjanjian Barat bagi memastikan kedua-dua buah Kesultanan tersebut mampu untuk terus survival. Kajian ini juga mendapati bahawa kepelbagaian tafsiran terhadap terjemahan kandungan perjanjian juga turut memberikan implikasi besar terhadap kefahaman masyarakat sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan pertikaian yang berterusan sehingga kini. Justeru itu, makalah ini akan cuba untuk menganalisis perbandingan perjanjian penyerahan Borneo Utara pada tahun 1865, 1877 dan 1878 bagi merungkaikan kebenaran peristiwa sejarah antara Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sehingga membawa kepada berlakunya penyerahan wilayah ini secara total kepada BNBC.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Utara Borneo , Penyerahan , Kesultanan Brunei , Kesultanan Sulu , BNBC
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Aug 2021 16:29
Last Modified: 21 Aug 2021 16:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30359

Actions (login required)

View Item View Item