Sistem Bi’nattang etnik Kimaragang di Sabah: satu tinjauan susun lapis sosial pada zaman silam

Victor B. Pangayan and A.S. Hardy Shafii (2020) Sistem Bi’nattang etnik Kimaragang di Sabah: satu tinjauan susun lapis sosial pada zaman silam. Gendang Alam, 10. pp. 49-61. ISSN 2180-1738

[img] Text
Sistem Bi’nattang Etnik Kimaragang di Sabah_ Satu tinjauan susun lapis sosial pada zaman silam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Sistem Bi’nattang Etnik Kimaragang di Sabah_ Satu tinjauan susun lapis sosial pada zaman silam ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Sistem Bi’nattang merupakan satu sistem sosial etnik Kimaragang. Etnik ini banyak menetap di daerah Kota Marudu dan sebahagian kecil lagi di daerah Pitas. Sistem Bi’nattang telah dipraktikkan oleh etnik Kimaragang pada tahun 1840–1845, iaitu sebelum kedatangan British di Borneo Utara. Kertas kerja ini akan membincangkan bentuk dan struktur sistem Bi’nattang dari segi susun lapis sosial, sistem kepimpinan, sistem kekeluargaan dan hubungan jantina yang diamalkan dalam sistem ini. Sehubungan itu, satu analisis ke atas struktur sistem Bi’nattang dibuat dengan mengupas susun lapis sosial, sistem kepimpinan, sistem kekeluargaan dan hubungan jantina dalam sistem Bi’nattang. Hasil kajian mendapati bahawa sistem Bi’nattang terbentuk berdasarkan norma, kepercayaan dan nilai yang diamalkan dalam kehidupan etnik Kimaragang (Bernardi, Gonzales & Requena, 2006). Pada masa kini, sistem Bi’nattang tidak lagi diamalkan oleh etnik Kimaragang namun, sebahagian adat dan undang-undangnya masih diteruskan. Kajian ini penting bagi memahami sistem pentadbiran tradisional etnik Kimaragang iaitu sistem Bi’nattang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Etnik Kimaragang , Sistem Bi’nattang, Sistem kepimpinan, Sistem kekeluargaan, Susun lapis sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1-1725 Ethics
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 14:30
Last Modified: 20 Sep 2021 14:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30369

Actions (login required)

View Item View Item