Pengaruh elemen kapasiti penyesuaian terhadap penilaian risiko banjir: kajian kes, daerah Beaufort, Sabah

Adi Jafar and Nordin Sakke and Mohammad Tahir Mapa (2019) Pengaruh elemen kapasiti penyesuaian terhadap penilaian risiko banjir: kajian kes, daerah Beaufort, Sabah.

[img] Text
Pengaruh elemen kapasiti penyesuaian terhadap penilaian risiko banjir, kajian kes, daerah Beaufort, Sabah-Abstract.pdf

Download (64kB)
[img] Text
PENGARUH ELEMEN KAPASITI PENYESUAIAN TERHADAP.pdf
Restricted to Registered users only

Download (524kB) | Request a copy

Abstract

Pertumbuhan populasi penduduk yang mendiami kawasan dataran banjir sama ada dalam konteks global mahupun Malaysia adalah semakin meningkat. Di Malaysia sahaja, dianggarkan seramai lebih kurang 2.5 juta penduduk menetap di zon dataran banjir. Ianya merupakan suatu fenomena yang unik kerana wujudnya kemampuan untuk bertahan dalam kalangan komuniti dataran banjir walaupun pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan kekerapan kejadian banjir yang tinggi. Kemampuan bertahan mempunyai perkaitan secara langsung dengan pengurusan bencana yang dijalankan di satu-satu kawasan. Sementara, penilaian risiko pula merupakan salah satu elemen penting yang harus wujud dalam pengurusan bencana berbasis perpekstif baru (emerging perspective). Bertitik tolak daripada itu, kajian ini ingin menilai tahap risiko banjir di kawasan Daerah Beaufort. Selain itu, penyelidikan ini juga ingin mengenalpasti bentuk kearifan tempatan yang diaplikasikan oleh komuniti dataran banjir Beaufort sebagai langkah untuk meningkatkan kapasiti penyesuaian dalam berhadapan dengan bahaya banjir. Seterusnya menilai sejauh mana elemen kapasiti penyesuaian tersebut mempengaruhi tahap risiko kerugian yang dialami ketika banjir. Oleh hal demikian, kajian ini menggunakan dua instrumen utama sebagai alat bantu bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu Geography Information System (GIS) dan soal selidik. Teknik analisis Fuzzy, Interpolasi, Euclidean Distance Analysis dan Surface Analysis yang terdapat pada aplikasi GIS dirangkumkan bagi memperolehi dapatan lengkap mengenai tahap risiko di Daerah Beaufort. Data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik pula telah dianalisis menggunakan teknik analisis Tabulasi Silang, Purata Skor dan Ujian Khi Kuasa Dua. Hasil analisis Fuzzy mendapati sebanyak 8.33% daripada jumlah keluasan keseluruhan Daerah Beaufort berada pada tahap risiko tinggi dan sangat tinggi termasuklah Kg. Bekalau, Kg. Bingkul, Kg. Malalugus dan Kg. Mempagar. Walau bagaimanapun, respon daripada penduduk di keempat-empat buah kampung tersebut pula adalah sebaliknya. Majoriti penduduk kampung beranggapan bahawa tahap risiko banjir adalah masih dalam keadaan terkawal. Hal ini berikutan tingginya tahap kapasiti penyesuaian dalam kalangan penduduk kampung.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Penilaian risiko banjir , Bahaya banjir , Kapasiti penyesuaian , Dataran banjir , Kearifan tempatan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > TC1-978 Hydraulic engineering > TC530-537 River protective works. Regulation. Flood control
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 20:34
Last Modified: 25 Aug 2021 20:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30384

Actions (login required)

View Item View Item