Pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen kerja guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah

Latifah Ayang and Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah and Asmiaty Amat (2019) Pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen kerja guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah.

[img] Text
Pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen kerja guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah-Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Pengurusan Panitia, Kualiti Pengajaran dan Komitmen Kerja Guru.pdf
Restricted to Registered users only

Download (114kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah. Pengurusan panitia dilihat dalam aspek prinsip pengurusan panitia, sifat kendiri dan kemahiran pengurusan. Kualiti pengajaran dilihat dari sudut dimensi persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran dan aspek tingkah laku. Seterusnya pemboleh ubah komitmen kerja dilihat dari aspek kesediaan untuk kekal dalam organisasi dan kesediaan untuk memenuhi matlamat organisasi. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Teori Pengurusan Saintifik Taylor, Teori Vroom dan Teori Side Bet. Pengkaji telah menggumpul sebanyak 335 soal selidik yang telah dijawab dalam kalangan responden guru yang mengajar Bahasa Melayu dan mewakili seluruh sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di Negeri Sabah dengan mengunakan persampelan berkelompok, persampelan kluster dan persampelan rawak mudah. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS for Windows Versi 25.0. Ujian korelasi Pearson telah digunakan untuk menganalisis data yang dikutip. Dari segi hubungan, didapati bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan antara Pengurusan Panitia dan pencapaian Bahasa Melayu (r =.675, P<.05). Manakala bagi pemboleh ubah kualiti pengajaran pula terdapat hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Melayu (r =.787, P <.05). Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan antara Komitmen kerja Guru dan pencapaian Bahasa Melayu (r =.833, P <.05). Pengkaji turut mencadangkan agar pihak berwajib bersama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa cemerlang sejajar dengan taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Pengurusan panitia , Kualiti pengajaran , Komitmen kerja , Pencapaian Bahasa Melayu
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2021 15:15
Last Modified: 26 Aug 2021 15:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30388

Actions (login required)

View Item View Item