Ruang hijau sebagai landskap terapeutik komuniti bandar Kota Kinabalu dari perspektif geografi penjagaan kesihatan

Rozarina Janin and Colonius Atang (2019) Ruang hijau sebagai landskap terapeutik komuniti bandar Kota Kinabalu dari perspektif geografi penjagaan kesihatan.

[img] Text
Ruang hijau sebagai landskap terapeutik komuniti bandar Kota Kinabalu dari perspektif geografi penjagaan kesihatan-Abstract.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Ruang Hijau Sebagai Landskap Terapeutik Komuniti Bandar Kota Kinabalu Dari Perspektif Geografi Penjagaan Kesihatan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (513kB) | Request a copy

Abstract

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan manusia bukan sahaja dirujuk kepada penyakit atau kelemahan fizikal seseorang tetapi juga merujuk kepada keadaan mental, psikologi, dan kebajikan sosial individu. Oleh itu, kawasan bandar seringkali mempromosikan ‘Ruang Hijau’ untuk diberi perhatian kerana ia mampu menjadi landskap penyembuhan kepada komuniti atau individu yang menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit mental. Ia merupakan satu kajian pasca moden dalam geografi melalui tema ‘Therapeutic Landscape’ yang membawa maksud kunjungan ke ruang dan tempat tertentu akan mewujudkan ketenangan kepada jiwa pesakit dan seterusnya meninggikan peluang memperolehi penyembuhan. Penulisan kertas kerja ini adalah untuk melihat bagaimana landskap terapeutik dari perspektif geografi kesihatan dengan menerangkan pandangan secara holistik komuniti bandar di Kota Kinabalu tentang perkaitan antara ruang hijau dengan penyembuhan dan adakah ia memberi pengaruh kesihatan kepada komuniti bandar. Ruang hijau dalam kertas kerja ini adalah merujuk kepada taman rekreasi. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian turut serta di kawasan lapangan dan temubual mendalam dalam kalangan pengunjung taman iaitu seramai enam orang informan. Penemuan menunjukkan bahawa komuniti bandar menyedari akan kepentingan ruang hijau khususnya di kawasan bandar sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti informan mengakui bahawa berada di kawasan ruang hijau serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi memberi suatu bentuk perasaan yang tenang dan memperbaiki jiwa yang tidak tenteram selain daripada dijadikan tempat untuk bersenam. Hasil kajian ini menggalakkan lebih banyak pendidikan atau kempen tentang kepentingan ruang hijau sebagai penjagaan kesihatan diperluaskan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman komuniti bandar serta alam semulajadi akan dapat terus dilestarikan.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Geografi penjagaan kesihatan , Landskap terapeutik , Ruang hijau , Komuniti bandar
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA790-790.95 Mental health. Mental illness prevention
S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB450.9-467.8 Gardens and gardening
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Aug 2021 09:36
Last Modified: 27 Aug 2021 09:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30403

Actions (login required)

View Item View Item