Elemen patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983)

Juhan Junaidi and Zairul Anuar Md. Dawam and Rosli Sareya (2021) Elemen patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983). Gendang Alam, 11. pp. 169-188. ISSN 2180-1738

[img] Text
Elemen patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983).pdf

Download (41kB)
[img] Text
Elemen patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983)1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyarakat. Antaranya adalah menyedarkan masyarakat tentang semangat patriotisme pada negara. Hal ini dinyatakan Mohd Daly et al. (2017: 570), bahawa penerbitan filem patriotisme bukan sahaja sebagai tontonan, malah mampu menyemai dan menyampaikan mesej cintakan negara. Selain perlakuan, penyampaian mesej boleh dilakukan melalui penyampaian dialog watak. Justeru, artikel ini akan menganalisis penggunaan ujaran implikatur patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983) dengan menggunakan teori Grice (1975). Pemilihan filem ini dilakukan kerana gambaran Mat Salleh dalam memperjuangkan keadilan sehingga sanggup mati cukup jelas menunjukkan semangat patriotisme beliau pada bumi Sabah. Selain itu, sehingga kini nama Mat Salleh menjadi legenda bualan masyarakat dan salah satu tokoh yang menentang keras penjajah khususnya di negeri Sabah. Oleh itu, analisis penggunaan ujaran implikatur patriotisme ini bertujuan untuk menentukan presentasi dan mesej tentang patriotisme boleh dijelaskan secara harfiah dan terperinci berdasarkan konteks negara Malaysia melalui medium filem. Selain itu, ia juga bertujuan memperkuatkan lagi watak Mat Salleh dalam filem tersebut dikategorikan sebagai pahlawan yang mempunyai semangat patriotisme iaitu cintakan negaranya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Elemen patriotisme , Filem , Mat Salleh Pahlawan Sabah , Implikatur , Grice
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1720-1861 History
Divisions: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2021 08:02
Last Modified: 17 Oct 2021 08:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30540

Actions (login required)

View Item View Item