Boat-shaped coffin dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak

Junior Kimwah and Ismail Ibrahim and Baharudin Mohd Arus (2021) Boat-shaped coffin dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak. Gendang Alam, 11. pp. 77-99. ISSN 2180-1738

[img] Text
Boat-shaped coffin dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Boat-shaped coffin dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Artikel ini membincangkan artifak boat-shaped coffin atau keranda berbentuk perahu yang terdapat di dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak. Artifak berbentuk perahu ini dipercayai digunakan sebagai keranda pada suatu ketika dahulu. Keranda ini dipercayai dihasilkan oleh masyarakat neolitik yang menghuni sekitar Gua Kain Hitam pada ketika itu. Upacara kematian yang diamalkan ini bersifat primary burial. Mayat disimpan di dalam keranda perahu sehingga reput sepenuhnya. Kemudian, baki tulang tersebut ditanam di tapak pengebumian lain yang terletak di Gua Kain Hitam II. Penyelidikan ini menekankan kaedah pemerhatian secara langsung di lapangan. Subjek penyelidikan difoto dan direkodkan secara terperinci melalui fotografi dan buku lakaran. Hasil penyelidikan ini menjelaskan reka bentuk dan fungsi serta kegunaan boat-shaped coffin pada suatu ketika dahulu. Hasil analisis kandungan terhadap hubung kait keranda dan lukisan gua prasejarah yang ditemui menunjukkan ruangan Gua Kain Hitam berfungsi sebagai death chamber. Justeru, penyelidikan ini dapat mendokumentasi dan memelihara artifak secara kolektif untuk tatapan masyarakat akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gua Kain Hitam , Painted Cave , Tapak perkuburan , Boatshaped coffin , Imej death ship , Reka bentuk
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2021 08:36
Last Modified: 17 Oct 2021 08:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30547

Actions (login required)

View Item View Item