Persembahan tarian panangsang dalam ritual penyembuhan masyarakat Bajau Laut

Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali and Sharifuddin Zainal and Humin Jusilin and Mestrah Lauk (2017) Persembahan tarian panangsang dalam ritual penyembuhan masyarakat Bajau Laut. Gendang Alam, 7. pp. 73-95. ISSN 2180-1738

[img] Text
Persembahan tarian panangsang dalam ritual penyembuhan masyarakat Bajau Laut.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Persembahan tarian panangsang dalam ritual penyembuhan masyarakat Bajau Laut1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Masyarakat Bajau Laut di daerah Semporna mempunyai pelbagai jenis upacara ritual termasuk ritual penyembuhan yang menjadi pegangan turun-temurun kehidupan bermasyarakat mereka. Keharmonian dan keseimbangan terhadap alam ghaib menjelaskan hubungan kukuh masyarakat ini terhadap kuasa magis dan unsur semangat roh yang mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa bagi menghasilkan falsafah budaya masyarakat yang bersifat tabu. Sehubungan itu, makalah ini mengkaji elemen persembahan tarian yang menjadi penghubung antara dunia realiti dan dunia ghaib dengan menumpukan struktur persembahan pada peringkat menurun yang dikenali sebagai persembahan Panangsang dalam pelaksanaan ritual yang dilakukan. Hal ini berkaitan dengan strukur persembahan yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa, meliputi alam fizikal dan alam ghaib serta kedudukan manusia dalam ruang menurun tersebut. Penelitian ini menggunakan kaedah kualitatif yang memiliki perincian interpretasi. Pengumpulan data adalah berdasarkan observasi dalam kajian lapangan dan temu bual untuk mendapatkan maklumat secara terperinci yang telah dijalankan dalam kalangan masyarakat Bajau Laut yang menetap di Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Hasil analisis menunjukkan keseimbangan dan keharmonian masyarakat ini terhadap alam nyata dan alam ghaib adalah sangat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Persembahan , Tarian Panangsang , Alam ghaib , Ritual penyembuhan , Bajau Laut
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL175-265 Natural theology > BL205-216 Nature and attributes of Deity
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Divisions: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 14:55
Last Modified: 22 Oct 2021 14:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30589

Actions (login required)

View Item View Item