Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran

Humin Jusilin and Salbiah Kindoyop (2015) Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran. Gendang Alam, 5. pp. 39-61. ISSN 2180-1738

[img] Text
Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Sabah kaya dengan budayanya yang unik, termasuk fesyen pakaian yang amat rencam sifatnya. Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai ciri-ciri yang amat menarik untuk diselidik kerana mencerminkan identiti budaya sesebuah etnik. Ia merupakan warisan peninggalan nenek moyang yang diturunkan sejak zaman berzaman. Dalam kajian ini, pakaian tradisional masyarakat Suang Lotud di daerah Tuaran, Sabah akan menjadi subjek kajian. Suang Lotud mempunyai tiga jenis pakaian tradisional iaitu pakaian yang digunakan oleh tantagas (ketua ritual), pakaian penari sumayau untuk tarian persembahan dan pakaian perkahwinan. Kajian ini tertumpu pada reka bentuk dan hiasan linangkit yang mendominasi hiasan gonob dan kuluwu dalam pakaian tradisional Lotud. Linangkit (sulaman) merupakan nama panggilan kepada motif geometri yang dihasilkan berasaskan teknik sulaman. Artikel ini ditulis melalui kaedah kerja lapangan dengan mengumpul dan mendokumentasi seberapa banyak rekaan linangkit tersebut dan mengkategorikan reka bentuk dan hiasan linangkit mengikut penghayatan estetika.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pakaian tradisional , Reka bentuk , Linangkit , Nilai estetika , Amalan adat
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT500-2370 Costume. Dress. Fashion
Divisions: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 15:55
Last Modified: 22 Oct 2021 15:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30597

Actions (login required)

View Item View Item