Pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian: penghargaan kendiri sebagai perantara

Zaiton Mohamad and Balan Rathakrishnan and Getrude C. Ah Gang (2018) Pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian: penghargaan kendiri sebagai perantara. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 2. pp. 24-32. ISSN 2600-7819

[img] Text
Pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (357kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian pelajar dan juga menggunakan penghargaan kendiri sebagai perantara. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 599 orang pelajar tahun pertama yang berada di kampus Universiti Malaysia Sabah dan mengikuti pembelajaran secara sepenuh masa dengan min umur 19.99 tahun. Kajian adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik The Anxiety Questionnaire, Locus of Control of Behaviour Scale, The Rosenberg Self Esteem Scale dan The University California (UCLA) Los Angeles Scale. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi ke 21. Keputusan kajian menunjukkan hanya lokus kawalan yang mempengaruhi kesunyian dan hanya lokus kawalan luaran yang mempengaruhi penghargaan kendiri. Kebimbangan turut mempengaruhi kesunyian dan penghargaan kendiri dalam varian yang kecil. Manakala penghargaan kendiri hanya berperanan sebagai perantara dalam hubungan antara lokus kawalan luaran dengan kesunyian sahaja dan tidak kepada kebimbangan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Lokus kawalan , Kebimbangan , Penghargaan kendiri , Kesunyian
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 19:49
Last Modified: 25 Oct 2021 19:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30626

Actions (login required)

View Item View Item