Perpaduan kaum dalam antologi cerpen 1Malaysia

Asmiaty Amat and Lokman Abdul Samad (2013) Perpaduan kaum dalam antologi cerpen 1Malaysia. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 19. pp. 95-118. ISSN 1511-1989

[img] Text
Perpaduan kaum dalam antologi cerpen 1Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (246kB) | Request a copy
[img] Text
Perpaduan kaum dalam antologi cerpen 1Malaysia-ABSTRACT.pdf

Download (115kB)

Abstract

Isu Tentang Perpaduan kaum dalam karya telah lama diungkapkan oleh penulis-penulis di Malaysia. Isu ini semakin menyerlah apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengemukakan gagasan 1Malaysia pada tahun 2009. Melalui prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam gagasan tersebut, rakyat Malaysia cuba memahami bentuk gagasan tersebut dalam pelbagai perspektif. Antologi 1Malaysia memuatkan cerpen pelajar Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Melalui kajian yang menggunakan pendekatan struktural, pemahaman pelajar berkenaan isu perpaduan kaum atau gagasan 1Malaysia telah dikenal pasti. Kajian mendapati bahawa isu perpaduan kaum yang dibawa oleh pelajar masih sama dengan isu perpaduan kaum yang telah dinyatakan oleh penulis-penulis mapan sebelum ini. Bagi mereka, isu perpaduan kaum boleh dibentuk melalui hubungan persahabatan yang tulus dan ikhlas. kebanyakan karya tidak memperlihatkan satu bentuk pemikiran yang lebih besar untuk dicanai atau dibincangkan seperti berkenaan dasar ekonomi atau bahasa kebangsaan. Tidak ada cerpen yang memperlihatkan satu gagasan perpaduan yang lebih kompleks sebaliknya, penyelesaian terhadap masalah perpaduan dinyatakan dengan memperlihatkan persefahaman di antara kesemua kaum yang terlibat. Melalui penelitian terhadap bentuk dan gaya penulisan penulis-penulis tersebut, kajian turut mendapati bahawa hampir keseluruhan pengarang menulis dengan gaya yang sangat biasa, masih konvensional dan tidak ada kecenderungan baharu dalam bentuk penceritaan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Cerpen , Penulis muda , Gagasan 1Malaysia , Perpaduan kaum , Gaya penceritaan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Divisions: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Nov 2021 09:03
Last Modified: 23 Nov 2021 09:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31110

Actions (login required)

View Item View Item