Hubungan penguasaan jawi dan kurikulum dengan proses pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di negara Brunei Darussalam

Zelzy Shahar Al-Johary and Muhamad Suhaimi Taat (2019) Hubungan penguasaan jawi dan kurikulum dengan proses pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di negara Brunei Darussalam. Borneo International Journal of Education (BIJE), 1. pp. 91-99. ISSN 2710-7361

[img] Text
Hubungan penguasaan jawi dan kurikulum dengan proses pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di negara Brunei Darussalam.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Hubungan penguasaan jawi dan kurikulum dengan proses pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di negara Brunei Darussalam1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (234kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara penguasaan jawi dan kurikulumnya dengan proses pengajaran guru di sekolah-sekolah rendah di negara Brunei Darussalam. Subjek kajian terdiri daripada 150 orang guru yang mengajar mata pelajaran Jawi di sekolah-sekolah terpilih dengan menggunakan persampelan berstrata dan rawak mudah di seluruh negara. Instrumen kajian terdiri daripada set ujian tulisan jawi untuk mengukur penguasaan jawi guru dan juga soal selidik bagi mengenal pasti penguasaan kurikulum dan proses pengajaran guru di dalam bilik darjah. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi (Korelasi Pearson) bagi menguji hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara variabel-variabel bebas dengan variabel bersandar kajian iaitu r = 0.228 (penguasan jawi) dan r = 0.573 (penguasaan kurikulum). Secara umumnya kajian juga menunjukkan skor markah atau skor min bagi kesemua variabel kajian adalah pada tahap yang memuaskan. Diharapkan kajian ini dapat memberikan input berguna kepada penambahbaikan mata pelajaran jawi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penguasaan , Jawi , Kurikulum , Proses , Pengajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Nov 2021 06:45
Last Modified: 24 Nov 2021 06:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31165

Actions (login required)

View Item View Item