Perkembangan aktiviti perkapalan dan pelabuhan di Borneo utara: 1881-1941

Nursyazwani Edinin and Maureen De Silva (2021) Perkembangan aktiviti perkapalan dan pelabuhan di Borneo utara: 1881-1941. Jurnal Borneo Akhailogia Heritage, Archaeology and History, 6. pp. 23-40. ISSN 2600-8726

[img] Text
Perkembangan aktiviti perkapalan dan pelabuhan di Borneo utara.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Perkembangan aktiviti perkapalan dan pelabuhan di Borneo utara1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (468kB)

Abstract

Industri perkapalan dunia mengalami perubahan yang amat ketara setelah tercetusnya Revolusi Industri di Eropah dan juga pembinaan Terusan Suez sekitar abad ke-19 yang telah memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur, sekali gus mengubah landskap dunia maritim ketika itu. Perahu layar dan tongkang-tongkang yang dahulunya digunakan oleh pelayar dan pedagang telah digantikan dengan kapal-kapal wap yang mampu belayar lebih lama dan tidak bergantung dengan cuaca. Malah, kapal-kapal wap ini juga mampu membawa muatan yang lebih banyak dan mempunyai ruang yang luas. Di Borneo Utara, aktiviti perkapalan dan pelabuhan semakin rancak apabila pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) mengambil alih pentadbiran Borneo Utara. Perkembangan laluan maritim dan aktiviti perdagangan semasa era imperialisme baharu telah menyebabkan kapal dari pelbagai syarikat perkapalan singgah di pelabuhan-pelabuhan utama di Borneo Utara untuk menjalankan aktiviti sehingga memberi impak kepada perkembangan industri perkapalan dan pelabuhan di Borneo Utara sendiri. Berdasarkan penggunaan sumber primer (laporan tahunan, surat dan akhbar kolonial) dan sumber kedua, artikel ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait di antara aktiviti perkapalan dan kewujudan dan perkembangan pelabuhan di Borneo Utara. Secara khususnya, ia cuba merungkaikan persoalan tentang latar belakang dan motif syarikat perkapalan datang ke Borneo Utara, bagaimana pengoperasian kapal-kapal ini di Borneo Utara dan sejauhmana aktiviti yang melibatkan perkapalan ini telah memberi impak kepada perkembangan beberapa pelabuhan di tanah jajahan ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perkapalan , Pelabuhan , Laluan Maritim , Borneo Utara , SBUB
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Nov 2021 06:47
Last Modified: 24 Nov 2021 06:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31167

Actions (login required)

View Item View Item