Stesen kereta api pertama di Borneo utara: stesen kereta api Bukau, 1896-1945

Goi, Lik Sia and Juviana Jima (2021) Stesen kereta api pertama di Borneo utara: stesen kereta api Bukau, 1896-1945. Jurnal Borneo Akhailogia Heritage, Archaeology and History, 6. pp. 139-148. ISSN 2600-8726

[img] Text
Stesen kereta api pertama di Borneo utara.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Stesen kereta api pertama di Borneo utara1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (444kB)

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang sejarah Stesen Kereta Api Bukau yang merupakan stesen kereta api pertama di Borneo Utara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana perkembangan Stesen Kereta Api Bukau dalam lingkungan masa 1896 hingga 1945. Fokus kajian ini akan meneliti tentang sejarah awal pembinaan Stesen Kereta Api Bukau semasa pentadbiran SBBU yang menjadi titik permulaan kewujudan stesen kereta api yang pertama di Borneo Utara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan sejarah. Sumber primer bagi kajian ini pula adalah berdasarkan Rekod Pejabat Tanah Jajahan, North Borneo State Secretariat File (Jabatan Arkib Negeri Sabah), Laporan Tahunan Borneo Utara, Laporan Tahunan Negeri Sabah, Laporan Tahunan Kereta Api Borneo Utara dan akhbar BNBH. Sumber sekunder pula terdiri daripada buku, jurnal dan akhbar. Pihak SBBU terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran semasa membina Stesen Kereta Api Bukau. Dapatan kajian menunjukkan walaupun menghadapi keadaan yang sukar pihak SBBU tetap komited dalam mengembangkan sistem pengangkutan kereta api di Borneo Utara. Hasil kajian adalah penting untuk rujukan dalam mengetahui sejarah stesen kereta api terawal di Borneo Utara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Borneo Utara , Sistem pengangkutan tradisional , Sosial , Stesen Kereta Api , Bukau
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
T Technology > TF Railroad engineering and operation > TF1-1620 Railroad engineering and operation > TF501-668 Railway operation and management
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Nov 2021 06:53
Last Modified: 24 Nov 2021 06:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31171

Actions (login required)

View Item View Item