Kajian taburan batu megalitik serta penentuan sumbernya di Kampung Tobilung menggunakan analisis GIS

Kong, Teck Sieng and Oliver Valentine Eboy (2021) Kajian taburan batu megalitik serta penentuan sumbernya di Kampung Tobilung menggunakan analisis GIS. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6. pp. 33-52. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kajian taburan batu megalitik serta penentuan sumbernya di Kampung Tobilung menggunakan analisis GIS_ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Kajian taburan batu megalitik serta penentuan sumbernya di Kampung Tobilung menggunakan analisis GIS.pdf
Restricted to Registered users only

Download (806kB) | Request a copy

Abstract

Warisan budaya tradisional penting sebagai lambang identiti sesuatu masyarakat dan negara. Tamadun dan asal usul sesuatu masyarakat dapat diketahui daripada warisan budaya. Salah satu warisan budaya yang semakin pupus ialah budaya megalitik yang merupakan pengamalan batu besar dalam kehidupan masyarakat dahulu. Antara kawasan yang mempunyai batu megalitik ini ialah Kg Tobilung, Tambunan. Maka kajian ini bertujuan untuk memetakan batu megalitik di Kampung Tobilung, Tambunan sebagai pendokumentasian lokasi batu megalitik tersebut menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Selain itu, analisis GIS menggunakan analisis penimbalan dilakukan untuk melihat jarak batu megalitik dengan sumbernya iaitu di sungai-sungai yang berdekatan. Hasil kajian ini menunjukkan GIS membantu dalam pendokumentasian budaya megalitik dengan menunjukkan lokasi letakan batu megalitik di Kampung Tobilung secara tepat dan menentukan sumber batu megalitik tersebut dengan mudah melalui jarak minimum batu megalitik dengan sungai-sungai berdekatan. Kajian ini menyumbang kepada bidang arkeologi melalui penemuan batu megalitik dan pendokumentasian ke atas batu megalitik tersebut. Di samping itu, melalui penceritaan bersama penduduk kampung, sejarah berkaitan dengan batu megalitik tersebut dapat diketahui dan seterusnya boleh dijadikan sebagai produk pelancongan pada masa akan datang. Pihak berkaitan juga boleh menjadikan hasil kajian ini sebagai panduan untuk melakukan aktiviti pemeliharaan ke atas megalitikini agar ia tidak dirosakkan atau hilang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Warisan budaya , Megalitik , Sistem Maklumat Geografi , GIS , Penimbalan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN700-890 Prehistoric archaeology
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 24 Nov 2021 07:29
Last Modified: 24 Nov 2021 07:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31178

Actions (login required)

View Item View Item