Magahau dan hubungannya dengan kepercayaan tradisi etnik Rungus di Sabah

Esterlina Moo Chin Len Lazarus and Mohd Kipli Abdul Rahman (2021) Magahau dan hubungannya dengan kepercayaan tradisi etnik Rungus di Sabah. Jurnal Dunia Pengurusan, 3. pp. 41-48. ISSN 2682-8251

[img] Text
Magahau dan hubungannya dengan kepercayaan tradisi etnik rungus di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (253kB) | Request a copy
[img] Text
Magahau dan hubungannya dengan kepercayaan tradisi etnik rungus di Sabah_ABSTRACT.pdf

Download (58kB)

Abstract

Magahau ialah satu amalan perayaan tradisional etnik Rungus di daerah Kudat, Sabah. Magahau merujuk kepada perayaan tradisi yang disambut secara besar-besaran dalam komuniti etnik Rungus pada suatu ketika dahulu, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kesejahteraan hidup mereka. Menurut informan, magahau sebenarnya bukan bersifat ritual tetapi sambutan magahau itu tertakluk kepada kepercayaan tradisi etnik Rungus terhadap alam persekitaran mereka. Ini menyebabkan, penganjuran magahau dilarang sama sekali sekiranya tidak melibatkan sebarang upacara tradisi. Justeru itu, mereka akur dan melaksanakan tradisi tersebut dengan tertib untuk kehidupan yang harmoni. Namun kini, amalan ini tidak lagi diteruskan bersesuaian dengan transisi kehidupan semasa etnik Rungus. Melalui kajian etnografi, artikel ini akan menganalisis unsur-unsur kepercayaan tradisi etnik Rungus melalui persembahan magahau. Dengan berbuat demikian, dapat menjelaskan hubungan yang dialami antara magahau, kepercayaan tradisi dan kehidupan seharian etnik Rungus. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pemimpin etnik Rungus di daerah Kudat bagi memelihara warisan budaya ini. Justeru itu, pendokumentasian mengenai perkembangan, kepercayaan dan adat adalah penting untuk rujukan generasi akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Magahau , Rungus , Kepercayaan tradisi , Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore > GR81 Folk beliefs, superstitions, etc. (General)
Divisions: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 24 Nov 2021 07:36
Last Modified: 24 Nov 2021 07:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31179

Actions (login required)

View Item View Item