Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai dokumen sejarah dan kedudukan perundangannya dalam konteks masa kini

A Rahman Tang Abdullah and Bilcher Bala and Pandikar Amin Mulia (2018) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai dokumen sejarah dan kedudukan perundangannya dalam konteks masa kini. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 3. pp. 143-184. ISSN 2600-8726

[img] Text
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai dokumen sejarah dan kedudukan perundangannya dalam konteks masa kini.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai dokumen sejarah dan kedudukan perundangannya dalam konteks masa kini1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (698kB)

Abstract

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak hanya dihargai sebagai satu dokumen sejarah. Malahan kepentingannya terletak pada nilai perundangannya dalam hubungannya dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Ini kerana MA63 mengandungi peruntukan perundangan berkenaan hak istimewa dan jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak berhubung dengan penyertaan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan. Namun tampaknya wujud kekeliruan terhadap aplikasi perundangannya dalam konteks masa kini. Ini merujuk kenyataan politik ‘untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan MA63’. Makalah ini membincangkan MA63 sebagai dokumen sejarah dan perundangannya dalam konteks masa kini. Perbincangan ini didasarkan kepada analisis ke atas isi kandungan dokumen MA63 berserta dengan fakta ilmiahnya. Hasil dapatan perbincangan makalah bertujuan membuktikan kefahaman terhadap MA63 telah diaplikasikan secara anakronistik akibat daripada kompleksiti dalam menghubungkaitkan dokumen dan peristiwa sejarah kepada konteks masa kini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perjanjian Malaysia , Sabah , Sarawak , Sejarah Perundangan , Gagasan Malaysia
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
J Political Science > JA Political science (General) > JA1-92 Political science (General) > JA81-84 History
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Nov 2021 18:21
Last Modified: 25 Nov 2021 18:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31227

Actions (login required)

View Item View Item