Cabaran dan strategi penggunaan teknologi atas talian semasa bekerja dari rumah dalam kalangan ahli Kesatuan Guru Kerajaan Sabah

Catherine Duling Britten @ Dana (2021) Cabaran dan strategi penggunaan teknologi atas talian semasa bekerja dari rumah dalam kalangan ahli Kesatuan Guru Kerajaan Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Cabaran dan strategi penggunaan teknologi atas talian semasa bekerja dari rumah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Cabaran dan strategi penggunaan teknologi atas talian semasa bekerja dari rumah24pages.pdf

Download (510kB)

Abstract

Rentetan daripada pandemik COVID-19 yang kini telah melanda dunia termasuk negara Malaysia telah, pihak kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga memerlukan penutupan sekolah di seluruh Malaysia untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 demi keselamatan semua. Pihak kerajaan juga telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk Bekerja dari Rumah dan melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi meneruskan sesi penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dilakukan secara bersemuka di kelas. Walaupun PdP ini tidak dapat dilaksanakan secara fizikal ataupun bersemuka, namun PdPR masih boleh dilaksanakan untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Dalam melaksanakan BDR ini, umum mengetahui bahawa teknologi atas talian ini digunakan secara maksimum. Semasa pra pandemik COVID-19, teknologi atas talian tidak digunakan dengan sepenuhnya. Namun, kini, kita melihat bahawa penggunaan teknologi atas talian ini telah digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh ahli kesatuan guru di KGKS dalam penggunaan teknologi atas talian sepanjang terlibat dalam pelaksanaan BDR ketika pandemik COVID-19. Berdasarkan hasil dapatan dari kajian yang telah dilaksanakan ini, antara cabaran yang dihadapi oleh ahli kesatuan guru di KGKS adalah seperti cabaran dari aspek pengaplikasian teknologi atas talian misalnya capaian internet yang kurang, kurang menguasai kemahiran penggunaan teknologi atas talian dalam kalangan guru veteran, dan kekurangan dalam pemilikan kemudahan BDR ataupun PdPR. Bukan itu sahaja, cabaran lain yang dihadapi oleh ahli kesatuan guru di KGKS juga adalah seperti keberkesanan proses PdPR dan motivasi diri ahli kesatuan guru. Namun begitu, setiap cabaran yang dihadapi oleh ahli kesatuan guru di KGKS pasti akan ada strateginya tersendiri untuk mengatasi cabaran tersebut agar cabaran tersebut tidak menjadi halangan untuk melaksanakan BDR.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Teknologi atas talian , Bekerja dari Rumah , BDR , Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah , PdPR , Ahli kesatuan guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:08
Last Modified: 14 Dec 2021 09:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31257

Actions (login required)

View Item View Item