Pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah

Zulikah Laja Besar (2021) Pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah24pages.pdf

Download (328kB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Permasalahan kajian ini adalah kerana pensyarah dilihat bukan hanya menjadi pendidik kepada pelajar tetapi juga mereka turut terlibat dengan urusan pentadbiran, justeru perkara itu menimbulkan tanda tanya mengenai kepuasan kerja mereka. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan gaya kepimpinan dan budaya organisasi sebagai pemboleh ubah tidak bersandar, manakala kepuasan kerja adalah pemboleh ubah bersandar. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kuantitaif iaitu dengan membina satu set soal selidik untuk mendapatkan data. Penelitian ini menggunakan 40 orang responden dan keseluruhan responden adalah merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Sabah. Penyelidik menganalisis data dengan perisian komputer iaitu Spss Statistical Package for Social Science (SPSS versi 26) dan semua soal selidik yang lengkap dinilai dengan menggunakan proses analisis data. Hasil dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa hanya gaya kepimpinan mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sementara budaya organisasi di dapati tidak signifikan terhadap kepuasan kerja. Kepuasan kerja pekerja bergantung kepada gaya kepimpinan majikan. Pengurus harus memilih gaya kepemimpinan terbaik mengikut kesesuaian dan kematangan organisasi pekerja. Walaupun kajian ini dilakukan di Kota Kinabalu, Sabah, namun penemuan ini dapat dijangkakan mempunyai kaitan dengan skala yang lebih luas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Gaya kepimpinan , Budaya organisasi , Kepuasan kerja , Pensyarah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:18
Last Modified: 14 Dec 2021 15:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31374

Actions (login required)

View Item View Item