Tinjauan awal perlaksanaan program mentor-mentee dalam kalangan pelajar di sebuah universiti awam di Kota Kinabalu

Jusiah Idang and Connie Cassy Ompok and Mohd. Sobri Ismail and Melissa Edora Sanu (2016) Tinjauan awal perlaksanaan program mentor-mentee dalam kalangan pelajar di sebuah universiti awam di Kota Kinabalu.

[img] Text
Tinjauan awal perlaksanaan program mentor-mentee dalam kalangan pelajar di sebuah universiti awam di Kota Kinabalu-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
TINJAUAN AWAL PERLAKSANAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM DI KOTA KINABALU.pdf
Restricted to Registered users only

Download (646kB) | Request a copy

Abstract

Perlaksanaan program pementoran semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar universiti, tetapi kurang bukti tentang hubungan ini. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan program mentor-mentee di universiti awam Kota Kinabalu. Seramai 378 orang pelajar universiti yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi keberkesanan program antara pelajar lelaki dan perempuan (t (376)= -0.379, k >.05). Pelajar tahun 1 (M = 3.28, SP = 0.45) pengajian didapati mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding pelajar tahun 3 (M = 3.05, SP = 0.60). Selain itu, didapati terdapat perbezaan persepsi keberkesanan program mengikut program pengajian F (4,373)= 8.872, k <.05 dan etnik pelajar F (5,372)= 4.401, k <.05. Kajian ini menyediakan maklumat kepada pensyarah, Fakulti, Universiti dan Institut Pengajian Tinggi dalam mengenalpasti persepsi pelajar mengenai keberkesanan program mentor-mentee dan penambahbaikan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan program.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Persepsi keberkesanan program , Mentor , Mentee , Pelajar universiti
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:52
Last Modified: 07 Jan 2022 09:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31595

Actions (login required)

View Item View Item