Perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah

Roslan Hj. Gimba (2013) Perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000531.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menguji hukum Wagner dan Keynesian tentang hubungan di antara perbelanjaan kerajaan dengan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, Malaysia dalam tempoh 1987 sehingga 2008. Tidak seperti kajian-kajian sebelum ini yang hanya menguji hubungan di peringkat nasional dan antarabangsa, kajian ini memberi tumpuan di peringkat negeri Sabah, salah sebuah negeri di Malaysia. Hasil ujian empirikal melalui pendekatan ujian persempadanan (ARDL) yang disarankan oleh Pesaran et al. (2001) bagi ujian kointegrasi menunjukkan bukti wujud hubungan kointegrasi jangka panjang di antara pertumbuhan ekonomi dengan Perbelanjaan Agregat dan semua Perbelanjaan Disagregat kecuali bagi Perbelanjaan Disagregat Operasi Jabatan Ketua Menteri. Hasil keputusan ujian sebab penyebab Granger mendapati Perbelanjaan Agregat dan lima (5) komponen Perbelanjaan Disagregat berhubungan dua hala dengan Pertumbuhan Ekonomi. Wujud hubungan sehala dari Pertumbuhan Ekonomi kepada Perbelanjaan Disagregat Pembangunan dan Perbelanjaan Disagregat Operasi yang memihak kepada hukum Wagner. Wujud hubungan sehala dari Perbelanjaan Disagregat Jabatan Ketua Menteri kepada Pertumbuhan Ekonomi yang memihak kepada Keynesian. Perbelanjaan Disagregat Operasi Pentadbiran Daerah dan Perbelanjaan Disagregat Perkhidmatan Am Perbendaharaan tidak mempunyal sebarang hubungan sebab penyebab dengan Pertumbuhan Ekonomi. Bukti empirikal menunjukkan perbelanjaan kerajaan adalah instrumen yang sangat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah. Justeru, kajian ini menyarankan supaya sumber pendapatan kerajaan negeri ditingkatkan bagi membiayai perbelanjaan terutama komponen perbelanjaan yang procluktif. Pihak kerajaan persekutuan juga disarankan supaya meningkatkan peruntukan pembangunan kepada negeri Sabah. Pihak kerajaan hendaklah menumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan infrastruktur asas bagi mempercepatkan proses transformasi ekonomi negeri Sabah yang memfokus kepada sektor perindustrian, pertanian, pelancongan dan logistik.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: public expenditure, economic growth, Sabah, Wagner Law, Keynesian, ARDL technique
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Dec 2014 14:36
Last Modified: 30 Oct 2017 11:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10182

Actions (login required)

View Item View Item