Tahap pengetahuan dan pengambilan makanan pesakit goiter di beberapa kawasan sekitar daerah Kota Marudu

Lim, Fui Chien @ Debra (2002) Tahap pengetahuan dan pengambilan makanan pesakit goiter di beberapa kawasan sekitar daerah Kota Marudu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002423.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Walaupun banyak kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah kekurangan iodin dan penyakit goiter, namun ia masih menjadi masalah kesihatan utama khasnya di kalangan penduduk luar bandar. Kajian di kalangan pesakit goiter di sekitar kawasan pedalaman Kota Marudu telah dijalankan untuk mengetahui faktor utama yang membawa kepada prevalen goiter yang tinggi di kawasan tersebut. Data daripada borang ingatan semula 24 jam dan kekerapan pengambilan makanan diambil daripada 40 orang subjek goiter dan 52 subjek normal. Semua responden terdiri daripada wanita yang tidak mengandung atau laktasi yang kebanyakannya berumur di antara 40-59 tahun. Perbandingan terhadap pengambilan nutrien harian bagi kedua-dua kumpulan subjek mendapati bahawa purata pengambilan tenaga(1021.55 ± 198.19 kcal), protein (24.78 ± 6.78g) dan karbohidrat (220.42 ± 47.80g) di kalangan subjek goiter adalah jauh lebih rendah dan menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding pengambilannya di kalangan subjek normal iaitu 1251.92 ± 131.63kcal tenaga (p<0.001), 29.45 ± 5.08g protein (p<0.05) dan 438.69 ± 41.08g karbohidrat (p<0.001). Kajian ini menunjukkan kebimbangan terhadap pengambilan nutrien yang rendah di kalangan subjek goiter terutama kesannya dalam jangka masa panjang. Secara keseluruhannya, pengambilan mineral dan vitamin (Kalsium, Ferum, vitamin A, Tiamina(B1), Riboflavin (B2) kecuali vitamin C) bagi kedua-dua kumpulan subjek ada lebih rendah berbanding saranan RDA Malaysia manakala zink diambil lebih rendah berbanding saranan US RDA. Sumber utama karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam diet responden adalah nasi, biskut, sayur-sayuran dan sedikit produk haiwan. Walaupun kekurangan iodin kemungkinan menjadi punca bertakunya goiter di kawasan kajian, namun secara amnya pembentukan goiter ringkas dipercayai bergantung kepada interaksi kompleks di antara faldor genetik, persekitaran dan faktor endogen. Didapati faktor genetik menyebabkan terjadinya goiter ringkas di kalangan ahli keluarga. Kajian mendapati faktor genetik dan diet (pengambilan pucuk ubi kayu, kurang pengambilan iodin daripada sumber makanan laut dan garam beriodin, kekurangan pengambilan zink) mungkin menjadi faktor utama yang menyumbang kepada prevalen goiter yang tinggi di kawasan pedalaman Kota Marudu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: goitre, rural area, iodine, nutrient
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 10:02
Last Modified: 23 Oct 2017 17:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10237

Actions (login required)

View Item View Item