Penghasilan kordial berperisa markisah & kordial buah markisah daripada jus pekat markisah (Passiflora edulis flavicarpa)

Chun, Lee Boey (2000) Penghasilan kordial berperisa markisah & kordial buah markisah daripada jus pekat markisah (Passiflora edulis flavicarpa). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002427.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Dalam projek ini, jus pekat markisah (50ºBrix) telah digunakan untuk menghasilkan kordial berperisa markisah dan kordial buah maridsah. Dua kordial berperisa markisah komersial, bemama Desa dan Ria telah digunakan untuk perbandingan dengan kordial berperisa yang dibangun daripada projek ini. Keputusan penilaian sensori telah menunjukkan kordial berperisa yang dibangun daripada projek ini adalah lebih baik dan disukai oleh ahli panel. Keputusan statistik menyimpulkan bahawa perbezaan antara sampel untuk semua parameter adalah signifikan dan formulasi baru yang dihasilkan melalui projek ini menunjukkan perbezaan signifikan daripada kordial komersial lain yang dijual di pasaran. Formulasi terbaik untuk kordial berperisa ialah formulasi 15 kerana ia memberi rupa bentuk, aroma dan rasa terbaik. Keputusan statistik untuk kordial buah menunjukkan perbezaan signifikan antara sampel hanya berlaku untuk 5 parameter, iaitu warna, tahap kekeruhan, aroma, kemasaman dan rasa. Sebagai kesimpulan, formulasi 17 didapati merupakan kordial buah terbaik memandangkan ia memberi rupa bentuk, aroma dan rasa yang baik berbanding dengan formulasi 3 dan 11. Ujian fizikokimia telah dijalankan untuk menentukan sukrosa, pH dan aciditi titratan (TA) sebagai peratus asid sitrik bagi kordial berperisa markisah dan kordial buah markisah. Semua kordial mengandungi sukrosa yang lebih daripada 40ºBrix di mana telah memenuhi standard SIRIM dan nilai pH kurang daripada 4.5 di mana memberi lingkungan optima bagi pengawet bertindak membantut pertumbuhan mikroorganisma untuk memanjangkan jangka hayat produk. TA sebagai peratus asid sitrik berada antara lingkungan 0.7 dan 0.9 untuk kordial berperisa dan 1.7 dan 2.3 untuk kordial buah. Ujian mikrobiologi juga dijalankan dan kordial yang dihasilkan melalui projek ini didapati berada dalam keadaan tahap kebersihan yang memuaskan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: passion fruit, cordial, citric acid, SIRIM standard, preservative
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 10:00
Last Modified: 24 Oct 2017 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10242

Actions (login required)

View Item View Item