Pelestarian Adat Dalam Konteks Lubuk Larangan Di Kampung Tuguson Moroulu Dan Kampung Pinasang Moroulu, Kota Belud, Sabah, Malaysia

Saidatul Nornis Hj. Mahali (2020) Pelestarian Adat Dalam Konteks Lubuk Larangan Di Kampung Tuguson Moroulu Dan Kampung Pinasang Moroulu, Kota Belud, Sabah, Malaysia.

[img] Text
Pelestarian Adat Dalam Konteks Lubuk Larangan Di Kampung Tuguson Moroulu Dan Kampung Pinasang Moroulu, Kota Belud, Sabah, Malaysia.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Pelestarian Adat Dalam Konteks Lubuk Larangan Di Kampung Tuguson Moroulu Dan Kampung Pinasang Moroulu, Kota Belud, Sabah, Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (221kB)

Abstract

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh anggota sesebuah masyarakat untuk menjaga dan melestarikan kawasan kawasan yang memberi sumber kehidupan kepada anggota masyarakatnya. Antara sumber utama yang sentiasa dihargai adalah tanah, air, hutan dan hidupan sama ada dari akua ataupun dari hutan. Memandangkan air menjadi nadi kehidupan manusia, maka ia perlu diberi banyak perhatian. Justeru, sungai sungai yang terdapat di Sabah dilestarikan melalui usaha lubuk larangan. Lubuk larangan berkait dengan sungai dan kawasan di sekitar sungai. Ia juga berkait langsung dengan usaha untuk memelihara dan memulihara air sungai, jenis-jenis ikan di dalam sungai dan biosfera yang berkait dengan sungai berkenaan. Lubuk larangan merupakan usaha yang diwujudkan oleh penduduk di kampung-kampung yang mempunyai sungai ke arah pemuliharaan secara semula jadi. Kertas ini mendiskusikan kaedah lubuk larangan sebagai kawasan pelestarian. Kaedah berkenaan merupakan sebahagian daripada amalan budaya dan perilaku yang dipantau melalui adat resam. Kertas ini ditulis berdasarkan kajian lapangan di dua buah kampung dalam daerah Kota Belud, iaitu kampung Tuguson Moroulu, kampung Pinasang Moroulu untuk meneliti fungsi dan keberkesanan adat sebagai usaha pelestarian. Hasil kajian mendapati bahawa pengawasan menggunakan kaedah Lubuk larangan meninggalkan kesan yang positif dan baik kepada sekitaran sungai serta meningkatkan kebersihan dan kelestarian sungai. Kaedah ini secara tidak langsung menambah jumlah hidupan dalam sungai serta memberdayakan sungai itu sendiri, malah pematuhan adat resam turut terpakai dan diakui oleh seluruh anggota masyarakat. Kata kunci: Lubuk Larangan; Adat; Pelestarian; Sungai; Kota Belud

Item Type: Proceedings
Keyword: Lubuk Larangan, Custom, Preservations, River, Kota Belud
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 11:03
Last Modified: 22 Jun 2021 11:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10265

Actions (login required)

View Item View Item