Pencirian kayu dan selulos dengan teknik pembelauan sinar-X dan mikroskop elektron pengimbasan

Abu Sopian Ariffin (2006) Pencirian kayu dan selulos dengan teknik pembelauan sinar-X dan mikroskop elektron pengimbasan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
mt0000000539.pdf

Download (0B)
[img] Text
mt0000000539.pdf

Download (0B)
[img] Text
mt0000000539.pdf

Download (0B)

Abstract

Struktur selulos merupakan faktor utama yang mempengaruhi kekuatan kayu dan fiber pulpa. Komponen kayu terdiri dan selulos mikrofibril yang wujud sebagai satu habtur tunggal fasa pepejal. Selulos juga menentukan hablur dalam bahan berasaskan kayu. Kebolehan menentukan perbezaan struktur hablur di dalam fiber yang beriainan spesies adalah sangat penting untuk mengkaji spesies kayu. Dalam kajian ini kaedah pembelauan sinar-X (XRD) telah digunakan bagi meneroka variasi struktur hablur selulos. Difraktogram sinar-X terhadap 10 sampel kayu keras dan pelbagai spesies telah dikaji dan dianalisa menggunakan pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Hasil yang didapati menepati bahawa sampel yang dikaji mengandungi fasa monoklinik dengan pemalar kekisl dan nilai gamma (γ ) yang berubah mengikut spesies kayu. Nilai purata gamma, γ bagi unit sel selutos yang dikaji adalah pada kedudukan sudut 97°, 29. Nilai ini boleh menjadi satu petunjuk yang baik bagi menentukan jenis atau spesies asal suatu selulos dan ia juga merupakan satu cinan yang menentukan kualiti sesuatu bahan dan segi sifat fizikalnya. Ini kerana bagi tumbuhan peringkat tinggi seperti pokok ia akan mempunyai nilai gamma yang berkurang berbanding tumbuhan peringkat rendah seperti ramie, algae dan bakteria. Kajian ke atas selulos ini juga telah menunjukkan bahawa saiz hablur mereka adalah di antara 2 nm hingga 4 nm. Julat nilai ini adatah hampir sama dengan nilai selulos asli iaitu 5 nm dan ia menunjukkan bahawa selulos yang digunakan dalam kajian ini adalah sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dalam menentukan saiz hablur selulos bahan biojisim. Hasil kajian ke atas sampel menggunakan mikroskop elektron pengimbas mendapati bahawa setiap sampel mempunyai ketebalan dinding sel, diameter fiber serta saiz dan bentuk vesel yang berbeza mengikut spesies kayu. Hasil pengiraan ke atas ketumpatan spesies kayu dalam kajian ini berada dalam julat (600 - 980) kgm�³ dan purata diameter fiber di antara (1.67 - 7.68) µm masing-masing. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa selulos dalam kayu mempunyai struktur hablur yang sama iaitu monoklinik dengan saiz hablur yang berbeza. Saiz hablur pula tidak berubah secara langsung dengan ketumpatan kayu iaitu walaupun ketumpatan kayu tinggi tetapi ia tidak pula menunjukkan saiz hablur yang besar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: cellulose, X-ray Diffraction, scanning electron, wood
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jan 2015 11:37
Last Modified: 30 Oct 2017 14:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10269

Actions (login required)

View Item View Item