Kajian fasies formasi Crocker jalan Kimanis-Keningau dari kilometer 12-18

Zurina Jalaludin (2005) Kajian fasies formasi Crocker jalan Kimanis-Keningau dari kilometer 12-18. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002465.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang berkeluasan kira-kira 48 kilometer persegi dan terletak di bahagian Barat daya Kota Kinabalu merupakan kawasan yang terletak di sepanjang jalan yang menuju ke Banjaran Crocker. la di batasi oleh garis lintang 5° 32' U sehingga 5º35' U dan garis bujur 115º56' T sehingga 116º 00' T. Daripada pemerhatian di kawasan kajian, jelas menggambarkan ciri-ciri bagi Formasi Crocker di mana terdapat 3 fasies iaitu Fasies Batu Pasir Tebal (Fasies B), Fasies Selang Lapis Batu Pasir dengan Syal (Fasies C) dan Fasies Syal Kelabu (Fasies D). Pemerhatian terhadap litofasies dan struktur sedimen menunjukkan terdapat struktur laminasi selari dan juga struktur beban minor yang dominan di kawasan kajian. Seeara amnya, ianya dapat ditafsirkan bahawa mekanisma pengendapan sedimen adalah melalui proses graviti dan juga arus turbid it. Ini sebenarnya dapat diperhatikan melalui pembentukkan alur/palung, lob dan juga levee dimana keseluruhan proses pengendapan sedimen dipengaruhi oleh arus turbidit. Analisis jujukan menegak terhadap unit-unit batuan didapati sekitaran pengendapan di kawasan kajian berlaku di sekitaran laut dalam pada bahagian kipas tengah yang menghampiri ke kipas luar iaitu berdasarkan kepada peratusan lob dan alur yang di analisis melalui turus litolog. Analisis petrografi yang dibuat berdasarkan kepada analisis irisan nipis yang dilihat kandungan mineralnya melalui mikroskop mikron menunjukkan batu pasir di kawasan kajian dapat dikelaskan kepada kuarza wak. Analisis bagi struktur geologi rantau dan tempatan menunjukkan hampir keseluruhan kawasan kajian dipengaruhi oleh jurus perlapisan yang hampir tegak dengan arah Utara-Selatan dan di dapati juga, kawasan kajian telah dipengaruhi oleh satu daya mampatan yang berorientasi Timur-Barat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Crocker range, sandstone, gravitational process, quartzwacke, submarine formation, turbidity current
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 15 Jan 2015 13:42
Last Modified: 24 Oct 2017 11:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10355

Actions (login required)

View Item View Item