Kesan gam arabik sebagai bahan pelilinan dan masa penyimpanan terhadap kualiti betik (Carica Papaya) kultivar eksotika

Azura Mohd Arif (2006) Kesan gam arabik sebagai bahan pelilinan dan masa penyimpanan terhadap kualiti betik (Carica Papaya) kultivar eksotika. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002480.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Pelilinan telah mampu melambatkan proses kemasakan bagi buah-buahan sekaligus dapat memperbaiki ciri luaran buah tersebut. Melalui kajian yang telah dijalankan, gam arabik telah digunakan sebagai bahan pelilinan pada buah betik. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan gam arabik pada konsentrasi yang berbeza dan masa penyimpanan terhadap kualiti bush betik. Kepekatan gam arabik yang digunakan adalah 10%. 12%. 14%, 16% dan juga kawalan (0%). Kemudian kesemua bush betik tersebut disimpan di dalam bilik sejuk bersuhu 10°C - 13°C dengan mengambil cerapan pada minggu pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Manakala kualiti buah betik ini pula ditentukan dengan melihat perubahan parameternya iaitu kualiti visual buah, kehilangan berat, keteguhan isi, jumlah pepejal terlarut, keasidan tertitrat dan juga nilai pH. Keputusan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan ini,penggunaan kepekatan gam arabik pada kepekatan yang berbeza tidak memberi kesan terhadap pembaikan ciri luaran dan juga memanjangkan masa simpanan terhadap buah betik. Pada minggu simpanan kedua, tanda-tanda kehadiran kulat dan kulapuk telah mulai muncul pada permukaan kulit buah tetapi dengan kadar yang kecil. Kesimpulannya daripada keputusan yang diperolehi,menunujukkan bahawa gam arabik yang telah digunakan sebagai bahan pelilinan pada kepekatan 10%.12%. 14%.16% dan kawalan tidak dapat mengekalkan kualiti buah dan juga memanjangkan jangka hayat buah betik tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: coating, Arabic gum, coating, papaya, shelf life, storage
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Jan 2015 11:10
Last Modified: 24 Oct 2017 11:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10382

Actions (login required)

View Item View Item