Kajian pencemaran minyak dan gris di sepanjang perairan Pantai Teluk Likas

Jenniely Lihan (2006) Kajian pencemaran minyak dan gris di sepanjang perairan Pantai Teluk Likas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002484.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian pencemaran minyak dan gris di sepanjang perairan pantai Teluk Likas telah dilakukan ketika air surut pada bulan Januari. Sebanyak lima belas stesen telah dipilih dalam menjalankan pensampelan. Terdapat lima stesen di pantai kemudian lima stesen berjarak 50 m daripada pantai seterusnya lima stesen lagi berjarak 100 m daripada pantai. Stesen di pantai merupakan tempat punca air keluar masuk ke perairan Teluk Likas. Kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap kepekatan kandungan minyak dan gris di sepanjang Teluk Likas dan mengenalpasti punca-puncanya. Parameter minyak dan gris dianalisis menggnnakan kaedah 'partition-gravimetrie'. Manakala parameter in situ pula diukur menggunakan alat YSI. Julat yang diperolehi untuk kesemua stesen adalah seperti berikut; minyak dan gris (120 X 10³ - 808 x 10³)µg1�¹), suhu (26.9- 29.85 ºC), konduktiviti elektrik (12.4 -92.2 µS cm�¹), DO (9.5-16.11 mg 1�¹), pH (7.00 - 7.89), dan saliniti (1.010 - 1.027 %). Berdasarkan kajian ini, perairan Teluk Likas adalah tercemar oleh minyak dan gris kerana kepekatan kandungan minyak dan gris di setiap stesen melebihi piawaian yang telah ditetapkan oleh INTERIM. Terdapat pelbagai punca kehadiran minyak dan gris di Teluk Likas iaitu aktiviti perkapalan, pengangkutan air bermotor, tumpahan minyak di jalan raya, gerai-gerai makanan dan kumbahan domestik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oil and grease pollution, Partition-gravimetric method, in situ parameter, INTERIM standard
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Jan 2015 11:07
Last Modified: 24 Oct 2017 11:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10388

Actions (login required)

View Item View Item