Geologi am dan taburan logam - logam berat di kawasan Kuala Penyu

Fred Fridorin (2006) Geologi am dan taburan logam - logam berat di kawasan Kuala Penyu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002490.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan pantai barat Sabah iaitu daerah Kuala Penyu dengan keluasan kawasan kajian adalah 196 km² Kawasan ini menganjur daripada garis lintang 05-30.600' U hingga 05-38.250' U dan garis bujur 115-30.350' T hingga 115-37.950' T. Kawasan ini terdiri daripada Formasi Belait yang berusia Miosen Tengah yang mana ditindih oleh Formasi Liang secara selaras. Kajian geologi struktur kawasan kajian menunjukkan tren adalah berarah Barat laut - Tenggara. Endapan Aluvium merupakan hasil daripada proses luluhawa batuan Formasi Belait, Formasi Liang dan juga Formasi Crocker. Lebih kurang 35 sampel tanah dan sampel sedimen sungai telah diambil untuk analisis logam-logam berat seperti Cr, Cu, Zn dan Pb dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Kepekatan logam berat yang paling tinggi di kawasan kajian adalah logam Pb dan Zn iaitu masing-masing berkepekatan sebanyak 27.76 bpj dan 20.25 hpj. Manakala kepekatan tertinggi logam Cu dan Cr masing-masing sebanyak 14.47 bpj dan 13.57 bpj. Hasil analisis ini juga menunjukkan kepekatan logam berat tertinggi didapat dari sedimen sungai. Didapati kepekatan logam berat dikawal oleh nilai pH yang rendah, peratusan tinggi kandungan bahan organik dan juga lempung. Nilai Pb dan Zn yang didapati melebihi paras normal adalah disebabkan oleh kesan aktiviti perindustrian

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geology, swamps sediment, soil, heavy metal, using Atom Absorption Spectrophotometer (AAS)
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Jan 2015 09:26
Last Modified: 24 Oct 2017 13:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10400

Actions (login required)

View Item View Item