Geologi am dan sedimentologi Kg. Malanggang, Tamparuli

Mohd Akmal Affendi Adnan (2005) Geologi am dan sedimentologi Kg. Malanggang, Tamparuli. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002501.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian barat Sabah iaitu di Kampung Malanggang, Tamparuli Sabah, di dalam daerah Tuaran. Kawasan kajian berkeluasan 44 km² ini bersempadan dengan garis lintang 6° 02' U hingga 6° 08'U dan garis bujur 116°15'T hingga 116°19'T. Tujuan utama kajian ialah untuk menyediakan peta terkini kawasan dan mengkaji kawasan kajian dari aspek geologi am dan sedimentologi. Formasi Crocker di kawasan kajian yang berusia Eosen hingga Miosen Awal ini terdiri daripada unit batu pasir tebal (Fasies A), unit selang lapis batu pasir sederhana dan syal (2:1) (Fasies B) dan unit selang lapis batu pasir dan syal (1:1) (Fasies C). Hasil daripada analisis geologi struktur mendapati arab daya mampatan yang utama bertindak pada arab Baratlaut-Tenggara. Hasil daripada analisis petrologi, batu pasir di kawasan kajian adalah dari jenis litik wak yang punca sedimennya berasal dari orogen kitaran semula Asosiasi fasies menunjukan 70% kawasan kajian kajian terdiri daripadajujukan perlapisan menipis ke atas (FUS) yang ditafsirkan sebagai pengendapan alur manakala 30% lagi merupakan jujukan perlapisan menebal keatas (CUS) yang ditafsirkan sebagai sekitaran pengendapan lob. Melalui asosiasi fasies ini, dapat ditafsirkan Formasi Crocker di kawasan kajian merupakan sekitaran endapan kipas laut dalam iaitu di bahagian kipas tengah. Arab arus kuno yang berjulat diantara U350º T-U30ºT menunjukan punca sedimen adalah dari Tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geological structure, sedimentology, aged Eocene, Early Miocene, sandstone
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jan 2015 13:45
Last Modified: 24 Oct 2017 13:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10418

Actions (login required)

View Item View Item